fbpx Skip to main content

Keradangan ini kebanyakkan terjadi kepada orang yang berumur atau orang yang bekerja kuat seperti mengangkat simen di atas bahu atau yang menghadap computer lebih dari 12 jam.

Keradangan ini sangat biasa terjadi dan bertambah teruk apabila mencecah umur 60-an ke atas. Lebih daripada 85% orang yang berumur lebih 60 tahun menghidap penyakit ini tanpa mereka sedari.

Biasanya, orang tersebut akan sering rasa sakit dan kekejangan pada leher namun gejala ini tidak sering berlaku.

Kebanyakkan kes sakit ini, pesakit bertindak balas dengan baik terhadap rawatan yang melibatkan ubat dan terapi fizikal (fisioterapi).

 Tulang belakang kita terdapat 24 tulang yang dipanggil sebagai vertebra yang melekat satu sama lain. Tulang-tulang ini bersambung untuk membuat saluran yang melindungi saraf tunjang.

Tujuh vertebra kecil yang bermula di pangkal tengkorak dan membentuk leher merangkumi tulang belakang serviks.

Punca terjadi keradangan ini

1. Penuaan pada tulang

Tulang adalah tisu yang dinamik yang sentiasa diganti dan dibentuk sepanjang hidup manusia. Keseimbangan penting antara proses pembentukan dan penyerapan tulang .

Proses ini akan merosot secara perlahan-lahan apabila usia semakin meningkat (dimana ianya bermula selepas umur 35 tahun).

Kehilangan kepadatan tulang biasanya 0.2% daripada jumlah jisim tulang setahun selepas umur 35 tahun.

Proses ini akan meningkat sebanyak 1% setiap dikalangan wanita selepas menapos, sebagai contoh pada umur 80 tahun, wanita akan kehilangan 30% daripada jumlah tulang asalnya berbanding lelaki yang hanya 10%.

2. Pekerja yang melakukan aktiviti berat

Bagi pekerja yang sering melakukan aktiviti berat seperti mengangkat simen atau batu-bata, akan lebih cenderung mendapat keradangan ini apabila mencecah umur 50-an.

Selain itu, pekerja yang di dalam pejabat juga ada juga kemungkinan untuk mendapatkan keradangan ini kerana ia terlalu lama menghadap laptop untuk melakukan kerja.

Antara orang yang mudah terkena

Kebiasaanya, umur adalah punca akan dapat sakit ini. Ia akan mula terjadi kepada orang yang berusia pertengahan dan lebih tua.

Selain daripada umur :

  1. Genetik – mempunyai adik-beradik yang mengalami sakit leher atau kerandangan pada leher
  2. Perokok – ia mampu meningkatkan sakit leher
  3. Pekerjaan – melakukan aktiviti berat atau lama yang melibatkan pergerakan leher atau sentiasa kerja lebih masa
  4. Kemurungan atau kebimbangan
  5. Pernah terlibat dalam kemalangan atau trauma pada leher

Simptom keradangan di leher

  1. Sakit kepala
  2. Mengeluarkan bunyi ketika ingin memusingkan leher
  3. Mengganggu pergerakan kepala sebab rasa sakit
  4. Rasa kebas ketika ingin memusingkan leher
  5. Lemah ketika ingin mengangkat barang
  6. Rasa kebas pada lengan, kadang-kadang rasa kebas itu sehingga hujung jari
  7. Mengalami masalah susah untuk berjalan

Rawatan

Terapi fizikal atau fisioterapi

Senaman akan diajar dan akan dipantau oleh terapis kami.- FP


Mahukan pemulihan untuk masalah Cervical Spondylosis yang pantas dan berkesan?

Dapatkan konsultasi PERCUMA masalah Cervical Spondylosis daripada Certified Physiotherapist kami.

Klik link sekarang, 100% berkesan utk masalah Cervical Spondylosis >>>>>  Hubungi Kami Sekarang

Leave a Reply