fbpx
Gambar 1: Rawatan Kecederaan ACL

Apa itu ACL? ACL iaitu ‘Anterior Cruciate Ligament’ adalah salah satu ligamen utama yang memberi kestabilan pada sendi lutut. Ia berfungsi untuk mengawal pergerakan sendi lutut yang melampau dengan menghadkan pergerakkan tersebut.

Kecederaan yang kerap berlaku pada sendi lutut adalah, terkehel atau terseliuh.

Seseorang itu akan merasa atau mendengar bunyi “pop” dalam lutut apabila kecederaan ACL berlaku. Lutut anda mungkin membengkak, berasa tidak stabil dan menjadi terlalu menyakitkan untuk menanggung berat badan.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

Bilakah rawatan untuk kecederaan ACL diperlukan?

Kebanyakan kecederaan ligamen boleh di kenalpastikan dengan pemeriksaan fizikal yang teliti pada sendi lutut. Tumpuan di beri kepada tanda-tanda ketidak stabilan ACL. Perbandingan antara lutut yang cedera dan yang tidak cedera perlu dilakukan.

  • Ujian ACL khusus: ligamen pada sendi lutut di regangkan dan ketidakstabilan ACL akan dapat di kesan.
  • X-ray – menunjukkan sekiranya ada tulang patah
  • Magnetic resonance imaging (MRI) scan – gambar 3D yang akan menunjukkan dengan jelas kecederaan ligament

Rawatan selepas kecederaan ACL

  • Merehatkan lutut, meletakkan ais, menggunakan pemampatan lembut dengan pembalut elastik, mengangkat kaki dan mengambil ubat sakit sebagaimana diberikan oleh doktor.
Gambar 2: Rawatan Ais
  • Menggunakan tongkat ketiak tetapi hanya untuk beberapa hari pertama. Jika tongkat ketiak digunakan terlalu lama, otot akan menjadi lebih lemah menyebabkan pergerakan lutut akan menjadi kaku dan terhad
Gambar 3: Penggunaan tongkat ketiak
  • Senaman regangan dan kekuatan harus dilakukan secara berterusan. Ia bagi memastikan ketahanan dan fleksibiliti otot lutut.
Gambar 4: Senaman Regangan
  • Dapatkan nasihat daripada ahli fisioterapi mengenai pergerakan yang perlu dielakkan oleh pesakit.
Gambar 5: Nasihat fisioterapi

NAK Konsultasi PERCUMA untuk anda, hubungi kami segera !!
Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI

#ACL #sakit #sakitlutut #lutut #terkehel #terseliuh #fisioterapi #fisioterapiKelantan #fisioterapiTerengganu