Mereka yang masuk wad dalam tempoh yang lama, akan menyebabkan terbaring lama di atas katil kerana tiada aktiviti untuk dilakukan dan doktor tidak membenarkan melakukan pergerakan yang banyak.
Contoh kategori pesakit baring lama :
- Stroke
- Jangkitan buah pinggang
- Jangkitan kuman di dalam darah
- Lepas pembedahan besar
- Atau yang terkena penyakit kronik pada umur 60-an ke atas
Apabila terbaring lama di atas katil, ia akan memberi kesan kepada bahagian belakang.
Antara kesannya :
1. Baring lama boleh bagi kesan kudis tekanan
Duduk atau terbaring terlalu lama pada satu permukaan boleh menyebabkan kudis tekanan timbul pada bahagian yang terkena pada permukaan tersebut. Hal ini kerana, berpunca daripada berat badan yang lama duduk atas satu permukaan itu.
Sebagai contoh duduk terlalu lama di atas bantal,tekanan yang ditekan atas di bantal tersebut, berat badan akan menghasilkan kudis tekanan pada kulit dan kekurangan pengaliran darah di kawasan tersebut.
Apabila kekurangan pengaliran darah itu, akan menyebabkan otot menjadi mengecut dan jangkitan kuman pada kudis tekanan tersebut.
Ini antara kesan yang pertama kita akan nampak jika baring atau duduk atau mengiring badan terlalu lama (2 minggu ke atas).
2. Saraf menjadi keras (Susah untuk melakukan pergerakan)
Saraf keras mudah terjadi di bahagian sendi seperti lutut, buku lali atau tulang belakang. Apabila tiada pergerakan dilakukan, otot akan menjadi lemah dan boleh cenderung kepada otot untuk melakukan pergerakan menjadi ketat.
Apabila otot menjadi terlalu ketat boleh menyebabkan sendi tersebut menjadi ketat juga.
Bila sendi sudah menjadi keras, orang tersebut akan mula rasa sakit. Sebagai contoh, untuk mengiring ke kiri atau kanan, akan rasa sakit sangat.
3. Masalah pernafasan
Orang yang baring terlalu lama boleh menyebabkan otot-otot pada bahagian paru-paru akan menjadi kecut dan susah untuk berkembang seperti biasa.
Apabila bernafas dalam keadaan duduk dan berdiri agak berbeza dengan bernafas dalam keadaan baring.
Apabila kita baring, ruang pernafasan (paru-paru) untuk membuka tidak seluas seperti kita berdiri.
Macam mana nak tahu jika pesakit tersebut mempunyai masalah pernafasan? Kita cuba bangunkan pesakit tersebut dan tarik nafas, kita hanya akan nampak bahu sahaja bergerak atas bukan dadanya.
4. Sakit belakang
Mula berasa sakit pada tulang belakang jika sering baring terlalu lama. Ini disebabkan tekanan berat badan kepada saraf.
Pastikan pesakit selalu melakukan pergerakan bagi mengelakkan rasa sakit belakang ini.
5. Rasa lemah badan dalam tempoh lama
Apabila pesakit diminta untuk bangun dari katil, kita akan Nampak menggigil ketika cuba untuk bangun dari posisi baring.
Apakah senaman dan rawatan bagi pesakit terlantar?
Rawatan fisioterapi untuk membantu pesakit
1. Senaman gerakan secara pasif
Fisio akan mengajar cara untuk melakukan pergerakan secara pasif kepada penjaga pesakit tersebut. Senaman ini sangat penting untuk mengelakkan otot-otot atau sendi menjadi kecil.
Kebiasaanya, fisio di Flex Physiotherapy akan pergi ke rumah untuk memeriksa keadaan pesakit mengikut masa yang ditetapkan oleh penjaga tersebut dan akan melakukan senaman itu mengikut kemampuan pesakit.
2. Tukar posisi
Ketika fisio pergi ke rumah, fisio akan menukarkan posisi keadaan pesakit tersebut dan akan mengajar penjaga cara untuk menukarkan posisi tersebut. – FP
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.