fbpx
Gambar 1 : kesan terbaring terlalu lama

Bagi orang yang mengalami lemah kerana terlalu lama terbaring atas katil. Kebiasaanya, yang terbaring lama ini adalah orang yang terbaring di tempat tidur seperti di dalam wad atau mengalami kemalangan.

Bagi orang yang masuk wad dalam tempoh yang lama, akan menyebabkan terbaring lama di atas katil kerana tiada aktiviti untuk dilakukan dan doktor tidak membenarkan melakukan pergerakan yang banyak.

Contoh kategori orang yang akan terbaring lama :

  • Stroke
  • Jangkitan buah pinggang
  • Jangkitan kuman di dalam darah
  • Lepas pembedahan besar
  • Atau yang terkena penyakit kronik pada umur 60-an ke atas

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

Apabila terbaring lama di atas katil, ia akan memberi kesan kepada bahagian belakang.

Antara kesannya :

Gambar 2 : kudis tekanan

1. Terkena kudis tekanan

Duduk atau terbaring terlalu lama pada satu permukaan boleh menyebabkan kudis tekanan timbul pada bahagian yang terkena pada permukaan tersebut. Hal ini kerana, berpunca daripada berat badan yang lama duduk atas satu permukaan itu.

Sebagai contoh duduk terlalu lama di atas bantal,tekanan yang ditekan atas di bantal tersebut, berat badan akan menghasilkan kudis tekanan pada kulit dan kekurangan pengaliran darah di kawasan tersebut.

Apabila kekurangan pengaliran darah itu, akan menyebabkan otot menjadi mengecut dan jangkitan kuman pada kudis tekanan tersebut.

Ini antara kesan yang pertama kita akan nampak jika baring atau duduk atau mengiring badan terlalu lama (2 minggu ke atas).

Gambar 3 : Saraf menjadi keras

2. Saraf menjadi keras (Susah untuk melakukan pergerakan)

Saraf keras mudah terjadi di bahagian sendi seperti lutut, buku lali atau tulang belakang. Apabila tiada pergerakan dilakukan, otot akan menjadi lemah dan boleh cenderung kepada otot untuk melakukan pergerakan menjadi ketat.

Apabila otot menjadi terlalu ketat boleh menyebabkan sendi tersebut menjadi ketat juga.

Bila sendi sudah menjadi keras, orang tersebut akan mula rasa sakit. Sebagai contoh, untuk mengiring ke kiri atau kanan, akan rasa sakit sangat.

Gambar 4 : Masalah pernafasan

3. Masalah pernafasan

Orang yang baring terlalu lama boleh menyebabkan otot-otot pada bahagian paru-paru akan menjadi kecut dan susah untuk berkembang seperti biasa.

Apabila bernafas dalam keadaan duduk dan berdiri agak berbeza dengan bernafas dalam keadaan baring.

Apabila kita baring, ruang pernafasan (paru-paru) untuk membuka tidak seluas seperti kita berdiri.

Macam mana nak tahu jika pesakit tersebut mempunyai masalah pernafasan? Kita cuba bangunkan pesakit tersebut dan tarik nafas, kita hanya akan nampak bahu sahaja bergerak atas bukan dadanya.

Gambar 5 : Sakit belakang

4. Sakit belakang

Mula berasa sakit pada tulang belakang jika sering baring terlalu lama. Ini disebabkan tekanan berat badan kepada saraf.

Pastikan pesakit selalu melakukan pergerakan bagi mengelakkan rasa sakit belakang ini.

5. Rasa lemah badan dalam tempoh lama

Apabila pesakit diminta untuk bangun dari katil, kita akan Nampak menggigil ketika cuba untuk bangun dari posisi baring.

Apakah rawatan bagi pesakit yang sudah terbaring lama?

Rawatan fisioterapi untuk membantu pesakit

1. Senaman gerakan secara pasif

Fisio akan mengajar cara untuk melakukan pergerakan secara pasif kepada penjaga pesakit tersebut. Senaman ini sangat penting untuk mengelakkan otot-otot atau sendi menjadi kecil.

Kebiasaanya, fisio di Flex Physiotherapy akan pergi ke rumah untuk memeriksa keadaan pesakit mengikut masa yang ditetapkan oleh penjaga tersebut dan akan melakukan senaman itu mengikut kemampuan pesakit.

2. Tukar posisi

Ketika fisio pergi ke rumah, fisio akan menukarkan posisi keadaan pesakit tersebut dan akan mengajar penjaga cara untuk menukarkan posisi tersebut.

Konsultasi PERCUMA untuk anda, hubungi kami segera !!
Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI

#sakitbelakang #baring #katil #terlaluLama #stiffNerves #backpain #fisioterapi #fisioterapikelantan #fisioterapiterengganu