fbpx

Apakah Terapi Manual Yang Dilakukan Oleh Fisioterapi?

Ini adalah sering menjadi tanda tanya bagi rakyat Malaysia.

Adakah ianya sama seperti tukang urut kampung yang mendapat ilham dari mimpi?

Atau juga teknik urutan yang telah dibukukan menggunakan minyak sebagai medium pelincir untuk memudahkan urutan?

Hakikatnya, di luar negara, orang sudah mengetahui fungsi fisioterapi di dalam masyarakat. Namun, di negara kita fisioterapi belum meluas. Segelintir pesakit yang kami rawat akan memanggil kami sebagai tukang urut apabila kami mengaplikasikan teknik manual ini dalam rawatan.

Masalah Muskuloskeletal

Terapi Manual adalah kaedah manual yang digunakan untuk merawat masalah musculoskeletal (musculo: otot dan skeletal: tulang) iaitu yang berkaitan dengan otot, tulang, sendi, tisu penghubung seperti tendon dan ligamen, cakera tulang belakang dan sistem saraf yang berkait antara satu sama lain.

CONTOH mesin TENS

Tambahan pula, terapi manual merangkumi pelbagai teknik dan paling mudah untuk difahami ialah pendekatan yang tidak berasaskan penggunaan alat elektrik atau elektronik seperti mesin TENSultrasoundtractionInfrared Radiation dan Shock Wave Diathermy. Malah fisioterapis akan menggunakan daya tangan mereka sendiri untuk merawat sakit anda. 

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

RAWATAN ultrasound untuk masalah kaki terseliuh

RAWATAN Infrared di bahagian bahu

RAWATAN TENS di belakang

Teknik-teknik Manual

URUTAN myofascial

Antara teknik manual ialah, “trigger point”, urutan myofascial pada otot yang ketat, manipulasi tulang belakang atau mobilisasi untuk melegakan sendi yang ketat, latihan neuromuskular membetulkan corak pengaktifan otot. Terapi manual bukanlah satu teknik khusus tetapi sebaliknya merangkumi pelbagai teknik untuk membolehkan tulang dan otot berfungsi kepada tahap yang paling optimum.

CONTOH mobilisasi sendi

TEKNIK manual untuk tulang belakang

Selain itu, ada juga yang mengatakan teknik terapi manual terdiri daripada pergerakan pasif untuk sendi yang digunakan pada pesakit yang mempunyai masalah saraf seperti strok dan lemah anggota badan. Pergerakan ini dilakukan pada kelajuan dan amplitud yang berbeza-beza bertujuan untuk memulihkan gerakan yang optimum, mengembalikan fungsi, dan untuk mengurangkan kesakitan.

Jadi, itulah penjelasan yang ringkas dan mudah faham tentang terapi manual yang digunakan oleh fisioterapis. Ia bukanlah sekadar satu teknik sahaja tetapi merangkumi beberapa teknik yang fisioterapis akan aplikasikan mengikut kondisi pesakit. Teknik manual penting dalam rawatan fisioterapi untuk membantu pesakit sembuh dengan cepat kerana ia merawat dari punca pesakit tersebut.




Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI