fbpx Skip to main content

BAHAYA KE SAKIT LEHER NI?

Sakit tengkuk atau leher adalah perasaan sakit yang dialami pada mana-mana bahagian leher dan jika teruk, sakitnya boleh merebak ke  bahagian bahu, kepala dan muka.

Leher mempunyai banyak pergerakan dan menyokong berat kepala, jadi leher boleh terdedah kepada kecederaan dan gangguan lain yang boleh menyebabkan rasa sakit. Apabila sakit, ianya akan  mengehadkan pergerakan kepala dan leher anda.

Dibahagian leher, terdirinya  otot, tendon, fascia, bursa, capsul, ligaments, disc, saraf dan dura. Sakit leher tersebut berkemungkinan berpunca daripada  salah satu daripada yang tersebut. Sakit leher ini kebiasaannya berlaku pada warga tua, berumur lebih daripada 50 tahun . Bagi kebanyakan orang, sakit ini adalah keadaan yang sementara dan ia akan hilang beransur-ansur.

FAKTOR PENYEBAB MASALAH INI

1) Postur yang tidak baik

Posisi duduk yang tidak betul, selalu menunduk untuk melihat telefon atau tidur dengan leher yang terpusing adalah beberapa penyebab yang boleh mengakibatkan sakit leher. Aktiviti-aktiviti seperti ini boleh menyebabkan ketegangan leher, atau kekejangan otot leher.

2) Ketidakseimbangan otot

Apabila postur badan tidak betul, terdapat bahagian ototnyang lemah dan sebahagian lagi menjadi tegang. Jadi ini akan mengganggu keseimbangan tulang belakang yang sering menyebabkan leher membengkok ke hadapan untuk mengimbangi semula.

3) Kecederaan whiplash

Whiplash adalah kecederaan yang biasa berlaku semasa kemalangan. Ini biasanya dipanggil hyperextensi atau kecederaan hyperfleksi kerana kepala dipaksa bergerak ke belakang atau ke hadapan dengan pantas melampaui gerakan normal leher

4) Umur yang meningkat

Apabila umur semakin meningkat, risiko gangguan degeneratif juga akan meningkat seperti osteoartritis, stenosis tulang belakang, dan penyakit  degeneratif disk boleh mempengaruhi tulang belakang.

GEJALA-GEJALA SAKIT LEHER:

1) Ketegangan/ kekerasan otot leher.

2) Kekurangan julat pergerakan sendi leher.

3) Kesakitan sendi leher.

4) Sakit di bahgian belakang kepala/leher.

5) Sakit di bahagian  torasik, bahu, dan/atau  rahang.

OBJEKTIF RAWATAN FISIOTERAPI

Antara objektif Rawatan Fisioterapi ialah :

  1. Mengurangkan sakit dan inflamasi.
  2. Menguatkan otot leher.
  3. Mengekalkan julat pergerakan leher dan kepala.
  4. Meningkatkan julat pergerakan leher dan kepala.
  5. Membantu pesakit melakukan aktiviti harian secara maksimum tanpa rasa sakit.
  6. Meningkatkan kesedaran pesakit tentang kondisi dan cara pengendaliannya.

 

Ini adalah tips pencegahan untuk mengelakkan sakit leher dari segi penjagaan postur :

1) Pastikan amalan postur yang betul semasa duduk, berdiri, bekerja dan aktiviti-aktiviti di rumah.

2) Semasa baring, hendaklah  :

  • Pilih bantal yang sederhana tinggi untuk merehatkan tulang dan otot leher.
  • Digalakkan supaya tidak tidur dalam posisi meniarap agar dapat mengelakkan tengkuk berada dalam kedudukan ‘rotation and lateral flexion’ untuk jangka masa yang lama.
  • Pastikan mekanisma senaman regangan untuk bahagian leher dilakukan secara berjadual untuk mencapai perkembangan yang optima.
  • Rehatkan otot leher setelah lama berkerja dengan komputer atau kerja pejabat yang lain.
  • Pastikan melakukan pergerakan leher secara perlahan.

Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply