Sakit lutut bukan perkara asing buat mereka yang muda mahupun yang tua. Masalah sakit pada bahagian lutut sering sahaja diambil ringan kerana bertanggapan bahawa akan baik dengan sendiri.
Tetapi hakikatnya sakit lutut yang berpanjangan mampu mengganggu rutin harian dan menjejaskan kualiti hidup seseorang.
Menaiki tangga walau hanya ke tingkat satu menjadi sukar dan ada juga yang merasai sakit walaupun dengan pergerakan kecil seperti hendak bangun dan duduk.
Dalam artikel ini kami akan kongsikan faktor, genjala dan senaman ringkas yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan sakit lutut.
5 Punca Utama Sakit Lutut
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian lutut. Punca boleh datang dari luaran seperti faktor trauma atau dalaman seperti faktor kesihatan tubuh badan.
Kemalangan
Kecederaan ketika bersukan atau akibat kemalangan merupakan faktor yang paling biasa bagi mereka yang mengalami sakit lutut, terutamanya buat golongan muda.
Ada kalanya seseorang itu masih merasai sakit walaupun selepas luka sudah sembuh.
Dalam keadaan ini, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan dan nasihat pakar kerana berkemungkinan terdapat kecederaan dalaman yang lebih serius.
Contoh seperti kecederaan pada ligamen, tendon dan juga bursae struktur yang terletak pada sendi.
Gaya Hidup
Mempunyai gaya hidup yang aktif mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat keradangan tendon.
Tendon adalah tisu yang bersambung daripada tulang kepada otot. Keradangan tendon akan menyebabkan seseorang itu merasai sakit yang amat pada bahagian lutut.
Situasi ini sering terjadi apabila melakukan aktiviti sukan seperti berlari, berbasikal atau melompat. Kerana anda meletakkan lebih tekanan pada tendon tersebut.
Tambahan lagi, hobi bersukan seperti bola keranjang juga mempunyai risiko kecederaan lutut apabila bermain. Kecederaan akibat terjatuh atau kecederaan tanpa sengaja dari rakan sekeliling.
Kurang Bersenam
Walaubagaimanapun, ini bukanlah satu sebab untuk anda kurangkan bersukan. Malah, tidak bersukan dan tidak aktif juga tidak mengurangkan kebarangkalian mendapat kecederaan lutut.
Kurang bersenam akan menyebabkan bahagian otot anda tidak kuat dan mudah cedera. Malah, berat badan berlebihan juga akan meletakkan tekanan tinggi pada lutut anda.
Radang Sendi
Radang sendi atau ‘arthritis’ merupakan punca yang kerap didapati pada mereka yang lebih berumur.
Disebabkan usia yang semakin meningkat, cecair synovial semakin berkurangan dan menyebabkan tulang rawan di lutut terhakis.
Geseran tulang dengan tisu sekeliling akan berlaku dan menyebabkan sakit sendi ketika berjalan.
Antara contoh radang sendi adalah Osteoarthritis, Rheumatoid arthritis, Gout dan Septic arthritis.
Masalah mekanikal
Selain itu, sakit pada bahagian lutut juga boleh berpunca daripada masalah mekanikal seperti ‘patella dislocation’.
Ini merupakan kondisi dimana tempurung lutut terkeluar daripada lokasinya. Kecederaan ini berlaku disebabkan oleh faktor trauma atau meluruskan kaki dengan cepat.
Kecederaan ini lebih kerap dijumpai pada wanita, orang obese dan mereka yang mempunyai lutut yang berada pada lokasi tinggi.
Gejala Sakit Lutut
Bagaimana hendak tahu sekiranya anda mengalami sakit lutut yang serius atau hanya sakit biasa?
Terdapat banyak gejala sakit lutut yang dialami dan tahap kesakitannya juga berbeza bagi semua orang.
Mungkin sudah tiba masa untuk anda mendapatkan nasihat doktor sekiranya mempunyai gejala-gelaja berikut:
- Bengkak dan kaku pada sendi
- Kemerahan dan kehangatan/panas apabila disentuh
- Kedengaran bunyi ‘pop’ apabila gerakkan sendi lutut
- Tidak berupaya untuk meluruskan lutut sepenuhnya
- Sering menjengkit kerana sakit atau ketidakselesaan
5 Senaman Ringkas Bagi Yang Sakit Lutut
Sebelum mendapatkan nasihat dan rawatan daripada pakar, anda juga boleh cuba beberapa senaman ringkas untuk mengatasi masalah sakit lutut.
HAMSTRING STRETCH
Duduk pada hujung kerusi dan luruskan kaki anda ke hadapan dengan tumit menyentuh lantai.
Setelah berada dalam posisi, mulakan senaman ini dengan duduk tegak dan perlahan-lahan rapatkan badan anda ke arah peha sehingga tegang pada belakang peha.
Tahan posisi ini sehingga 15 saat sebelum kembali pada posisi tegak. Ulang senaman ini 3 – 5 kali.
CALF STRETCH
Duduk di lantai atau yoga mat dan lunjurkan kaki ke hadapan. Bengkokkan satu kaki dan sangkutkan tuala pada kaki yang lurus. Apabila bersedia tarik tuala perlahan-lahan ke arah anda.
Kira sehingga 15 saat sebelum lepaskan tuala dan kembali pada posisi asal. Ulang 5 kali sebelum tukar ke kaki sebelah.
HAMSTRING CURLS
Meniarap dan perlahan-lahan naikkan kaki ke arah punggung anda. Pegang kaki dengan tangan untuk tahan selama 10 saat sebelum menurunkan kembali kaki ke posisi awal.
Ulang senaman ini sebanyak 5 hingga 8 kali.
KNEE ROLLS
Baring, bengkokan kedua-dua lutut dengan tapak kaki memijak lantai. Posisikan kedua-dua belah tangan di sisi anda. Toleh ke kiri sambil gerakkan kedua kaki ke arah bertentangan.
Anda akan merasa tegang pada bahagian peha dan pinggang. Tahan posisi ini selama 15 saat sebelum ulang pada arah yang bertentangan.
STRAIGHT LEG RAISES
Baring telentang dan bengkokkan sebelah kaki anda.
Angkat kaki yang lurus dalam 5 inchi dari lantai dan tahan. Selepas 10 saat turunkan kaki ada semula dan ulang senaman ini 5 kali buat satu kaki. Setelah selesai ulang semula dengan kaki sebelah.
Sebagai kesimpulan, terdapat banyak faktor dan punca yang mungkin menyebabkan seseorang itu mengalami sakit lutut. Dengan pengetahuan ini anda kini boleh mengambil langkah pencegahan dari awal lagi.
Sekiranya anda mempunyai gejala sakit lutut yang telah kami kongsikan, jangan abaikan! Kerana ianya mungkin akan jadi lebih teruk sekiranya dibiarkan berlarutan. – FP
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.