fbpx

Sakit lutut bukan perkara asing buat mereka yang muda mahupun yang tua. 

Masalah sakit pada bahagian lutut sering sahaja diambil ringan kerana bertanggapan  bahawa akan baik dengan sendiri. 

Tetapi hakikatnya sakit lutut yang berpanjangan mampu mengganggu rutin harian dan menjejaskan kualiti hidup seseorang. 

Menaiki tangga walau hanya ke tingkat satu menjadi sukar dan ada juga yang merasai sakit walaupun dengan pergerakan kecil seperti hendak bangun dan duduk. 

Dalam artikel ini kami akan kongsikan faktor, genjala dan senaman ringkas yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan sakit lutut. 

sakit lutut

5 Punca Utama Sakit Lutut

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian lutut. Punca boleh datang dari luaran seperti faktor trauma atau dalaman seperti faktor kesihatan tubuh badan. 

 

  1. Kemalangan

sakit lutut

Kecederaan ketika bersukan atau akibat kemalangan merupakan faktor yang paling biasa bagi mereka yang mengalami sakit lutut, terutamanya buat golongan muda. 

Ada kalanya seseorang itu masih merasai sakit walaupun selepas luka sudah sembuh. 

Dalam keadaan ini, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan dan nasihat pakar kerana berkemungkinan terdapat kecederaan dalaman yang lebih serius. 

Contoh seperti kecederaan pada ligamen, tendon dan juga bursae struktur yang terletak pada sendi. 

 

  1. Gaya Hidup 

sakit lutut

Mempunyai gaya hidup yang aktif mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat keradangan tendon. 

Tendon adalah tisu yang bersambung daripada tulang kepada otot. Keradangan tendon akan menyebabkan seseorang itu merasai sakit yang amat pada bahagian lutut. 

Situasi ini sering terjadi apabila melakukan aktiviti sukan seperti berlari, berbasikal atau melompat. Kerana anda meletakkan lebih tekanan pada tendon tersebut. 

Tambahan lagi, hobi bersukan seperti bola keranjang juga mempunyai risiko kecederaan lutut apabila bermain. Kecederaan akibat terjatuh atau kecederaan tanpa sengaja dari rakan sekeliling.

 

  1. Kurang Bersenam

Walaubagaimanapun, ini bukanlah satu sebab untuk anda kurangkan bersukan. Malah, tidak bersukan dan tidak aktif juga tidak mengurangkan kebarangkalian mendapat kecederaan lutut. 

Kurang bersenam akan menyebabkan bahagian otot anda tidak kuat dan mudah cedera. Malah, berat badan berlebihan juga akan meletakkan tekanan tinggi pada lutut anda. 

 

  1. Radang Sendi

Radang sendi atau ‘arthritis’ merupakan punca yang kerap didapati pada mereka yang lebih berumur. 

Disebabkan usia yang semakin meningkat, cecair synovial semakin berkurangan dan menyebabkan tulang rawan di lutut terhakis. 

Geseran tulang dengan tisu sekeliling akan berlaku dan menyebabkan sakit sendi ketika berjalan. 

Antara contoh radang sendi adalah Osteoarthritis, Rheumatoid arthritis, Gout dan Septic arthritis. 

 

  1. Masalah mekanikal

Selain itu, sakit pada bahagian lutut juga boleh berpunca daripada masalah mekanikal seperti ‘patella dislocation’. 

Ini merupakan kondisi dimana tempurung lutut terkeluar daripada lokasinya. Kecederaan ini berlaku disebabkan oleh faktor trauma atau meluruskan kaki dengan cepat. 

Kecederaan ini lebih kerap dijumpai pada wanita, orang obese dan mereka yang mempunyai lutut yang berada pada lokasi tinggi. 

 

Gejala Sakit Lutut

 

Bagaimana hendak tahu sekiranya anda mengalami sakit lutut yang serius atau hanya sakit biasa? 

 

Terdapat banyak gejala sakit lutut yang dialami dan tahap kesakitannya juga berbeza bagi semua orang. 

 

Mungkin sudah tiba masa untuk anda mendapatkan nasihat doktor sekiranya mempunyai gejala-gelaja berikut: 

 

  1. Bengkak dan kaku pada sendi
  2. Kemerahan dan kehangatan/panas apabila disentuh
  3. Kedengaran bunyi ‘pop’ apabila gerakkan sendi lutut
  4. Tidak berupaya untuk meluruskan lutut sepenuhnya
  5. Sering menjengkit kerana sakit atau ketidakselesaan

sakit lutut

5 Senaman Ringkas Yang Anda Boleh Lakukan

 

Sebelum mendapatkan nasihat dan rawatan daripada pakar, anda juga boleh cuba beberapa senaman ringkas untuk mengatasi masalah sakit lutut. 

 

  1. HAMSTRING STRETCH

Duduk pada hujung kerusi dan luruskan kaki anda ke hadapan dengan tumit menyentuh lantai.

Setelah berada dalam posisi, mulakan senaman ini dengan duduk tegak dan perlahan-lahan rapatkan badan anda ke arah peha sehingga tegang pada belakang peha.

Tahan posisi ini sehingga 15 saat sebelum kembali pada posisi tegak. Ulang senaman ini 3 – 5 kali. 

 

  1. CALF STRETCH

Duduk di lantai atau yoga mat dan lunjurkan kaki ke hadapan. Bengkokkan satu kaki dan sangkutkan tuala pada kaki yang lurus. Apabila bersedia tarik tuala perlahan-lahan ke arah anda. 

Kira sehingga 15 saat sebelum lepaskan tuala dan kembali pada posisi asal. Ulang 5 kali sebelum tukar ke kaki sebelah. 

 

  1. HAMSTRING CURLS

Meniarap dan perlahan-lahan naikkan kaki ke arah punggung anda. Pegang kaki dengan tangan untuk tahan selama 10 saat sebelum menurunkan kembali kaki ke posisi awal. 

Ulang senaman ini sebanyak 5 hingga 8 kali. 

 

  1. KNEE ROLLS

sakit lutut

Baring, bengkokan kedua-dua lutut dengan tapak kaki memijak lantai. Posisikan kedua-dua belah tangan di sisi anda. Toleh ke kiri sambil gerakkan kedua kaki ke arah bertentangan. 

Anda akan merasa tegang pada bahagian peha dan pinggang. Tahan posisi ini selama 15 saat sebelum ulang pada arah yang bertentangan. 

 

  1. STRAIGHT LEG RAISES

Baring telentang dan bengkokkan sebelah kaki anda. 

Angkat kaki yang lurus dalam 5 inchi dari lantai dan tahan. Selepas 10 saat turunkan kaki ada semula dan ulang senaman ini 5 kali buat satu kaki. Setelah selesai ulang semula dengan kaki sebelah. 

Sebagai kesimpulan, terdapat banyak faktor dan punca yang mungkin menyebabkan seseorang itu mengalami sakit lutut. Dengan pengetahuan ini anda kini boleh mengambil langkah pencegahan dari awal lagi. 

Sekiranya anda mempunyai gejala sakit lutut yang telah kami kongsikan, jangan abaikan! Kerana ianya mungkin akan jadi lebih teruk sekiranya dibiarkan berlarutan. 

Sebaliknya dapatkan khidmat rawatan fisioterapi daripada Flex Physiotherapy

Dengan fasiliti fisioterapi bertaraf hospital dan pakar yang berpengalaman, mereka menyediakan pelbagai rawatan fisioterapi untuk pelbagai masalah. 

Flex Physiotherapy terdiri daripada pakar-pakar yang mahir dalam pelbagai jenis rawatan terutamanya rawatan sakit belakang atau pinggang.

Bukan itu sahaja, kami juga pakar dalam merawat masalah sakit sendi, slip disc, pemulihan selepas pembedahan, kecederaan sukan, strok, Sindrom carpal tunnel dan macam-macam lagi.

Testimoni-testimoni positif dari pesakit membuktikan lagi keberkesanan servis dan rawatan kami.

Antara teknik-teknik ‘hands-on’ yang kami lakukan di Flex Physiotherapy adalah seperti:

 

  • joint mobilization
  • trigger point release
  • cyriax 
  • mulligan

 

Kesimpulannya, jangan tunggu lama untuk dapatkan rawatan masalah sakit lutut!

Sekiranya ia tidak dirawat dengan segera, ia akan mengganggu keselesaan dan menghalang anda daripada melakukan aktiviti harian dengan sempurna.

Hubungi Flex Physiotherapy dengan segera!

Cawangan pusat fisioterapi kami terletak di:

 

  • Wakaf Che Yeh, Kelantan
  • Kuala Nerus, Terengganu
  • Kuantan, Pahang

 

Pakar-pakar yang berkhidmat di Flex Physiotherapy ini terdiri daripada pakar yang berpengalaman dan juga mempunyai pendidikan yang tinggi berkenaan rawatan fisioterapi.

Alatan dan kemudahan yang digunakan oleh Flex Physiotherapy juga adalah sangat mencukupi dan berada dalam kondisi yang terbaik untuk memudahkan sebarang rawatan.

Ini adalah untuk memastikan kualiti rawatan yang diberikan kepada pelanggan adalah yang terbaik untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.

Selain menyediakan khidmat untuk pelbagai rawatan, Flex Physiotherapy  juga menyediakan khidmat untuk memberikan ceramah berkaitan fisioterapi.

Khidmat fisioterapi untuk sebarang majlis sukan juga disediakan oleh mereka. Hal ini dapat membantu atlet untuk meneruskan permainan mereka dengan selesa.

 

Dapatkan Rawatan Segera

Tempah Sesi Konsultasi Sekarang