fbpx

 Adakah anda sering mengalami masalah sakit pinggang yang berlarutan? Jika ya, teruskan membaca kerana artikel ini!

Kami akan menerangkan dengan lebih mendalam tentang apa itu sakit pinggang, punca-punca ia berlaku serta rawatan-rawatan yang anda boleh lakukan untuk menanganinya. 

Menurut pakar perubatan, masalah sakit pinggang mungkin berlaku disebabkan oleh komplikasi di bahagian tulang, otot, organ dan kecederaan saraf.

Untuk memastikan punca masalah sakit pinggang, adalah penting bagi anda untuk mengenal pasti gejalanya. Dengan ini, proses rawatan yang diperlukan akan dapat dijalankan dengan mudah.

Terdapat banyak gejala yang pesakit hadapi ketika mengalami masalah sakit pinggang, iaitu:

  • mempunyai masalah tidur
  • rasa sakit yang bersambung ke bahagian kaki, peha, punggung dan juga ke perut
  • sukar untuk membengkokkan badan
  • sukar untuk meregangkan badan
  • sakit apabila berdiri dengan tegak
  • kulit di bahagian belakang mengalami kemerahan
  • bengkak di bahagian belakang
  • kelengkungan tulang belakang

4 Faktor Utama Masalah Sakit Pinggang 

sakit pinggang

Terdapat banyak faktor yang boleh mendorong kepada masalah sakit belakang. Antara faktor utama berlakunya masalah ini adalah seperti berikut:

  1. Ketegangan otot

sakit pinggang

Masalah ketegangan otot juga menyumbang kepada sakit pinggang dan ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan jantina. 

Ketegangan otot boleh disebabkan oleh kekerapan mengangkat barang berat, membongkok atau meregangkan otot dan ligamen yang berlebihan.

Sekiranya anda terus melakukan aktiviti atau pergerakan yang menyebabkan ketegangan otot, anda akan mengalami kekejangan belakang.

  1. Cakera tulang belakang tertonjol/pecah 

sakit pinggang

Cakera, atau lebih dikenali sebagai disc, di bahagian belakang adalah terdedah kepada kecederaan. Risiko ini meningkat seiring bertambahnya usia. 

Cakera yang tertonjol atau pecah terjadi apabila tulang rawan yang mengelilingi cakera tersebut memberi tekanan pada saraf tunjang atau akar saraf. 

Kusyen yang terletak di antara tulang belakang terkeluar dari kedudukan normalnya. Kecederaan cakera ini boleh mengakibatkan kesakitan yang berlangsung lebih dari 72 jam.

  1. Trauma 

Kesakitan di bahagian pinggang juga boleh berpunca dari trauma seperti kegiatan bersukan dan kemalangan. 

Trauma yang berlaku dari situasi ini boleh menyebabkan kecederaan terhadap otot, tendon atau ligamen di bahagian pinggang. 

Kecederaan ini juga boleh menyebabkan cakera tulang belakang tertonjol atau pecah. 

  1. Stenosis tulang belakang 

sakit pinggang

Keadaan ini berlaku apabila ruang tulang belakang menyempit dan memberi tekanan pada saraf tunjang. 

Stenosis tulang belakang sering disebabkan oleh degenerasi cakera antara tulang belakang. Akibatnya, berlaku pemampatan saraf tunjang oleh tulang belakang atau tisu lembut, seperti cakera.

Tekanan pada saraf tunjang menyebabkan gejala seperti:

  • kebas
  • Kekejangan
  • Keletihan 

Gejala ini boleh dirasai di mana-mana bahagian badan. Ramai orang yang menghidapi stenosis tulang belakang menyedari gejala mereka bertambah buruk ketika berdiri atau berjalan.

Cara Merawat

Antara cara yang anda boleh praktikkan untuk mengelakkan dan mengurangkan masalah sakit pinggang adalah seperti di bawah:

  1. Melakukan senaman

Disebabkan ketidakselesaan yang dirasai, bersenam ketika mengalami sakit pinggang pasti bukan sesuatu yang anda ingin lakukan. 

Namun, anda perlu tahu bahawa aktiviti ringan seperti berjalan kaki, yoga dan senaman air adalah sangat berkesan untuk mengurangkan kesakitan yang anda alami.

Ini kerana, aktiviti-aktiviti ini mampu membantu melonggarkan otot yang tegang dan mengeluarkan hormon endorfin yang berperanan sebagai ubat tahan sakit semulajadi.

Seterusnya, anda digalakkan melakukan latihan kekuatan (strength training) secara harian bagi mengekalkan otot yang fleksibel dan kuat. 

Dengan menjadikan senaman-senaman ini sebagai rutin, anda  dapat mencegah sakit pinggang yang disebabkan oleh otot yang tegang.

  1. Guna tuam panas dan tuam sejuk

Berdasarkan kajian, antara kaedah yang efektif untuk menghilangkan rasa sakit pinggang adalah dengan menggunakan haba panas dan sejuk.

Tuam sejuk merupakan cara yang sangat berkesan untuk mengurangkan sakit dan bengkak terutamanya jika digunakan selepas kecederaan dan ketegangan otot. 

Disebabkan suhunya yang sejuk dan tinggi, anda mungkin akan merasakan kebas pada bahagian yang dituam. Namun, jangan risau kerana ia hanyalah sementara.

Bagi mengelakkan kecederaan lain, anda dinasihatkan untuk tidak menuam lebih daripada 20 minit pada satu masa.

Seterusnya, anda boleh menggunakan botol atau kain yang suam bagi kaedah tuam panas. Pastikan anda berhati-hati ketika melakukannya untuk mengelakkan kulit daripada melecur.  

  1. Tukar kasut kepada yang lebih sesuai

Pasti ramai kurang peka bahawa penggunaan kasut yang tidak sesuai akan menyebabkan ketegangan otot terutamanya di bahagian belakang, kaki dan leher.

Kajian mendapati bahawa masalah sakit belakang adalah saling berkait dengan pemakaian kasut bertumit tinggi dalam jangka masa yang panjang. 

Hal ini kerana, kasut tumit tinggi akan memberi kesan kepada postur badan yang boleh mengakibatkan masalah sakit belakang.

Bukan itu sahaja, pemakaian kasut yang terlalu rata dan tidak  mengikut struktur kaki pula boleh memberi tekanan kepada kaki serta pinggul. 

Oleh itu, jika anda mengalami sakit belakang yang berulang, anda seharusnya memeriksa kesesuaian kasut anda dan menukarnya kepada kasut yang menyokong kaki anda dengan elok.

  1. Sapukan krim tahan sakit

Terdapat banyak jenis ubat tahan sakit yang anda boleh dapatkan di farmasi bagi melegakan masalah sakit pinggang. 

Antaranya adalah krim yang mengandungi capsaicin. Capsaicin merupakan sejenis bahan yang boleh dijumpai dalam cili dan ia amat berkesan bagi mengurangkan rasa sakit. 

Bukan itu sahaja, terdapat satu kajian yang membuktikan bahawa Capsaicin sangat berkesan bagi merawat osteoarthritis.

Selain itu, kandungan menthol dalam krim tahan sakit juga mempunyai kesan penyejukan yang mampu memberikan kelegaan sementara bagi sakit pinggang. 

Penggunaan menthol pada kulit juga mampu menyahsensitif receptor sakit, namun penggunaannya yang terlalu kerap boleh mengakibatkan anda lebih sensitif terhadap rasa sakit.

  1. Dapatkan tidur yang cukup

Tahukah anda bahawa tidur dan rehat yang secukupnya dapat mengurangkan sakit pinggang dan meningkatkan kesihatan?

Kajian menunjukan kekurangan tidur atau tidur yang kurang daripada 7 jam boleh mempengaruhi tahap kesakitan yang dialami oleh seseorang. 

Bukan itu sahaja, tilam yang tidak selesa dan saiz bantal yang tidak sesuai juga boleh mencetuskan rasa sakit pinggang.

Ini kerana, keselesaan dan postur badan semasa tidur sangat penting untuk memberikan anda tidur yang berkualiti serta membantu mengurangkan rasa sakit pinggang pada waktu pagi. 

Untuk mengelakkan sakit badan atau pinggang, pastikan leher anda berada dalam postur lurus dan bantal yang digunakan mampu untuk menyokong bahagian belakang. 

Sekiranya anda sering mengalami gangguan tidur dan ia mengganggu rutin harian anda, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor.

Dapatkan Rawatan Sakit Pinggang di Flex Physiotherapy

Pinggang anda terasa sakit sehingga tidur atau kerja harian anda terganggu? Segera hubungi Flex Physiotherapy untuk sesi konsultasi dan rawatan!

Flex Physiotherapy terdiri daripada pakar-pakar yang mahir dalam pelbagai jenis rawatan terutamanya rawatan sakit belakang atau pinggang.

Bukan itu sahaja, kami juga pakar dalam merawat masalah sakit sendi, slip disc, pemulihan selepas pembedahan, kecederaan sukan, strok, Sindrom carpal tunnel dan macam-macam lagi.

Testimoni-testimoni positif dari pesakit membuktikan lagi keberkesanan servis dan rawatan kami.

Antara teknik-teknik ‘hands-on’ yang kami lakukan di Flex Physiotherapy adalah seperti:

  • joint mobilization
  • trigger point release
  • cyriax 
  • mulligan

Kesimpulannya, jangan tunggu lama untuk dapatkan rawatan masalah sakit pinggang!

Sekiranya ia tidak dirawat dengan segera, ia akan mengganggu keselesaan dan menghalang anda daripada melakukan aktiviti harian dengan sempurna.

Hubungi Flex Physiotherapy dengan segera!

Cawangan pusat fisioterapi kami terletak di:

  • Wakaf Che Yeh, Kelantan
  • Kuala Nerus, Terengganu
  • Kuantan, Pahang

Pakar-pakar yang berkhidmat di Flex Physiotherapy ini terdiri daripada pakar yang berpengalaman dan juga mempunyai pendidikan yang tinggi berkenaan rawatan fisioterapi.

Alatan dan kemudahan yang digunakan oleh Flex Physiotherapy juga adalah sangat mencukupi dan berada dalam kondisi yang terbaik untuk memudahkan sebarang rawatan.

Ini adalah untuk memastikan kualiti rawatan yang diberikan kepada pelanggan adalah yang terbaik untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.

Selain menyediakan khidmat untuk pelbagai rawatan, Flex Physiotherapy  juga menyediakan khidmat untuk memberikan ceramah berkaitan fisioterapi.

Khidmat fisioterapi untuk sebarang majlis sukan juga disediakan oleh mereka. Hal ini dapat membantu atlet untuk meneruskan permainan mereka dengan selesa.

Klik Di Sini Untuk Mendapatkan Rawatan Sakit Pinggang!