fbpx Skip to main content

Adakah anda sedar bahawa tabiat silang kaki membawa kesan buruk pada kesihatan?

Kebiasaan orang, terutama wanita memilih menyilangkan kakinya ketika duduk. Mengapa? Kerana mereka menganggap posisi ini  dianggap seksi dan elegan.

FAKTA MENGENAI SILANG KAKI

Bila buat kerja seharian di hadapan komputer, anda akan menyilangkan kaki anda kerana merasakan ianya lebih selesa, malah ketika menghadiri temuduga juga gaya duduk ini menjadi pilihan. Walaupun nampak seperti tidak salah, tetapi siapa sangka ianya mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan diri.

Haaa..nak tahu betul ke tak, jom kita baca penerangan lanjut.

APA KATA PAKAR?

Pakar Perunding Ortopedik dan Trauma Pusat Perubatan Tropicana iaitu  Dr Joseph Yap, menjelaskan gaya menyilangkan kaki bukanlah faktor penyebab kepada tulang belakang sakit atau bengkok.

sebaliknya ia akan memberi tekanan kepada anggota badan yang mungkin menyebabkan aliran darah menjadi tidak lancar.

Oleh yang demikian, ia akan mendatangkan rasa lenguh pada otot, selain tidak selesa pada otot dan saraf, dan akan hilang dalam masa yang singkat.

Tambahan lagi, individu normal hanya akan duduk silang kaki dalam tempoh 10 hingga 15 minit, selepas itu otak akan memberi isyarat supaya menukar kedudukan, disebabkan otot sudah letih.

Tetapi dalam jangka masa panjang, otak tidak memberi tindak balas kepada kaki dalam tempoh dua jam.

BACA INI JIKA ANDA SUSAH UNTUK BUANG TABIAT SILANG KAKI

Ketika anda duduk silang kaki, satu kaki lebih tinggi daripada sebelah lagi, membuatkan peredaran darah menjadi sukar, dan kemungkinan besar tekanan darah meningkat.

Apabila posisi kaki kanan di atas kaki kiri, tulang punggung dan betis dalam keadaan tidak sama tinggi di mana pinggul kiri lebih tinggi.

Hal ini boleh menyebabkan otot di antara tulang rusuk dan tulang pelvis menjadi lebih pendek berbanding sebelah kanan.

Dah tahu kesan buruk pada kesihatan ni, jom kita sama-sama ubah tabiat duduk silang kaki. Sudah tiba masanya untuk anda memikirkan kembali bila anda mula nak menyilangkan kaki.

Menurut kajian, sikap ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang buruk.

Masalah sakit belakang juga sering berlaku kepada individu yang kurang melakukan senaman dan duduk dalam jangka masa yang lama.- FP


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply