Ibu bapa sering didedahkan dengan penggunaan baby walker untuk proses pembelajaran berjalan bagi anak-anak.
Kita beranggapan dengan alat bantu berjalan berkenaan mampu melatih anak kita berjalan dengan lebih selamat tanpa pantauan orang yang lebih dewasa.
Namun, tanggapan kita salah, untuk memastikan anak kita lebih selamat, ibu bapa perlu memastikan penggunaan alat bantu bayi diharamkan (pendek kata)
Keburukan penggunaan baby walker yang ibu bapa tidak tahu
Penggunaan baby walker memberi banyak keburukan berbanding kebaikan. Tapi pada masyarakat kita di Malaysia, penggunaan baby walker ini sudah menjadi kebiasaan. Terdapat banyak kajian yang telah dilakukan di luar negara berkenaan isu keburukan alatan ini.
Kanada antara negara yang mengharamkan penggunaan baby walker dan dikenakan denda sebanyak $100 00 atau enam tahun penjara jika menyimpan alat itu.
Hal ini kerana, disebabkan risiko keselamatan dan kesan masalah lambat perkembangan fizikal serta mental.
Untuk artikel ini, kita akan menerangkan bagaimana alat baby walker ini memberi kesan buruk kepada tulang belakang bayi. Ibubapa pasti tidak pernah terfikir akan bahayanya alat ini terhadap tulang belakang kanak kanak.
Tulang belakang bayi terbentuk sejak dalam rahim ibu lagi. Proses pertumbuhan tulang belakang akan terus berlaku dan akan terhenti pada umur 25 tahun.
Pada awalnya, tulang belakang bayi akan terbentuk lekuk seperti huruf ‘C’. ini kerana otot-otot sekitarnya belum cukup kuat untuk menyokong tulang belakang tersebut.
Seiring dengan waktu kanak kanak membesar, lekukan –lekukan lain akan terbentuk untuk membantu bayi mengangkat kepalanya dan merangkak dan akhirnya kanak kanak akan memiliki susunan dan bentuk lekukan seperti orang dewasa.
Lekuk C pada bayi
Jadi, pada kanak kanak yang sering menggunakan alat bantu ini, lekukan tulang belakang akan bermasalah. Ini kerana alat baby walker ini mungkin akan menyebabkan tulang belakang semakin menjadi lekuk ‘C’ dan menghalang proses lekukan lain.
Anda harus tahu apabila anak anak menggunakan alat bantu ini, hanya kaki mereka sahaja yang bergerak, sedangkan badan anak anak bukan dalam keaadan tegak.
proses pembentukan tulang belakang mereka belum sepenuhnya berlaku jadi ianya tidak boleh menampung badan untuk berdiri tegak semasa anak anak bergerak menggunakan baby walker .
Ini sememangnya membolehkan kanak kanak berjalan awal tapi awas, tulang belakang yang belum sepenuhnya terbentuk akan menyebabkan kyphosis (bongkok)
Dan apabila ianya berlaku, akan terjadilah tekanan kepada tulang belakang dan akhirnya juga akan menyebabkan skoliosis (bengkok).
Kesan lebih teruk penggunaan baby walker
Antara kesan lain penggunaan baby walker ini ialah ianya membantutkan perkembangan kanak- kanak dari segi fizikal.
Kebiasaannya, kanak kanak akan meniarap, menjulur, merangkak, mengengsot, bertatih dan berjalan. tapi apabila mereka menggunakan baby walker, segala rangsangan untuk perkembangan motor kasar mereka akan menjadi lambat.
Satu kajian telah dilakukan oleh Sigel &Burton pada tahun 1999 di dalam jurnal mereka (Journal of Developmental and Behavioral Paediatric) mengatakan, kanak kanak yang menggunakan baby walker ini lebih lambat untuk melakukan pergerakan seperti duduk, merangkak dan berjalan, dan mereka mendapat skor yang rendah (Bayley scales) daripada yang sepatutnya.
Selain itu, seramai 66 kanak kanak berumur 8 hingga 12 bulan telah dipilih untuk menjalani satu kajian oleh Crouchman pada tahun 1989 berkenaan isu ini. Merek terdiri daripada pengguna tegar, pengguna biasa dan bukan pengguna.
Pada akhir kajian ini, kumpulan kanak kanak yang menjadi pengguna tegar alat baby walker ini menunjukkan peratusan yang tinggi dalam masalah lambat perkembangan .
Kajian mengenai penggunaan alat bantu berjalan
Dalam kajian terbaru oleh Badihian, Adihian & Yaghini pada 2017 mengatakan tiada bukti yang kukuh bahawa alat baby walker ini membantu kanak kanak dalam perkembangan fizikal dan mental mereka malah membawa lebih keburukan berbanding kebaikan.
Setelah mengetahui semua keburukan penggunaan baby walker, sekarang pilihan ditangan anda. Sebagai ibubapa, anda haruslah bijak dalam membuat pilihan. Di Malaysia, untuk mengharamkan penggunaannya adalah mustahil. Memang tidak dinafikan bahawa penggunaan baby walker ini ada kebaikan terutamanya memberi peluang kepada ibuibapa berehat sekejap tapi apa yang penting sekarang ialah untuk memastikan anak anak selamat semasa menggunakan baby walker itu.
Langkah Keselamatan
Bagaimana untuk selamat dan memastikan anak anak tidak mengalami masalah lambat perkembangan semasa menggunakan baby walker?
- Umur minimum penggunaan ialah 4 bulan, maksimum 16 bulan
- Ibubapa hendaklah memastikan otot leher anak anak sudah cukup kuat untuk angkat kepala. Antara senaman untuk menguatkan otot leher ialah, dengan meletakkan anak meniarap seperti dibawah.
- Ibubapa hendaklah memastikan kaki anak anak sudah boleh menjejak lantai dan boleh menapung badan dengan kaki.
- Limitkan masa penggunaan.
- Ibubapa hendaklah memastikan kawasan sekitar anak anak selamat untuk mengelakkan sebarang kecederaan atau kemalangan.
- Sekiranya anak anak sudah pandai berjalan, jangan gunakannya lagi.
- Penggunaan alat bantu jenis berdiri lebih sesuai berbanding jenis duduk.
Disediakan oleh:
Norshafiqah Binti Mat Rabi, Ahli Fisioterapi Flex Physiotherapy
Disemak & disusun oleh:
Adzin Mohammad, Content Creator Flex Physiotherapy
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.