Bahu terkehel ini terjadi apabila sambungan sendi bebola tersebut telah terkeluar dari soket bahu. Korang kena tahu. bahu adalah sendi yang paling mudah dan banyak arah pergerakan, yang turut menjadikannya ia mudah untuk terkehel.
Bahu adalah sejenis yang sendi bersambung antara sendi bebola dan sendi lesung atau soket. Sendi bebola ini berada di bahagia atas tulang lengan dan muat masuk ke dalam alur bilah bahu iaitu di bahagian sendi soket bahu.
Simptom-simptom apabila bahu terkehel:
- Sakit yang teramat sangat pada bahu.
- Bengkak atau lebam
- Bahu yang kelihatan seolah-olah cacat atau tidak normal
- Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi
- Rasa kebas, kelemahan pada lengan, kesemutan, atau otot-otot di kawasan bahu merasa kekejangan.
Antara punca bahu terkehel adalah disebabkan oleh:
Kecedaraan akibat sukan

Gambar 2 : Kecederaan Sukan
Antara sebab bahu boleh terkehel adalah daripada sukan sentuhan seperti bola sepak, hoki, bola tampar dan sukan yang mungkin melibatkan keadaan terjatuh, seperti bermain ski menuruni bukit atau gimnastik.
Kecederaan yang tidak melibatkan sukan

Gambar 3 : Kemalangan kenderaan
Hentakan yang kuat di bahagian bahu semasa berlaku kemalangan jalanraya atau kemalangan kenderaan bermotor.
Kecederaan akibat jatuh

Bahu anda juga boleh terkehel sekiranya anda terjatuh dari tempat yang tinggi seperti jatuh dari tangga.
Cara rawatan sakit bahu terkehel
- Penarikan / pelarasan (reduction) sendi
Doktor akan mencuba beberapa pergerakan yang lembut untuk membantu tulang bahu dan lengan anda kembali ke posisi yang betul. Ia bergantung kepada tahap kesakitan dan bengkak.
- Senaman bahagian bahu
Kestabilan sendi bahu bergantung pada otot-otot yang kuat pada sekelilingnya. Adalah sangat penting untuk memulihkan dan menguatkan otot-otot di bahagian bahu bagi mengelak bahu terkehel berulang. Senaman Fisioterapi akan mengurangkan ketidakselesaan bahu serta akan memulihkan kefungsian bahu.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.