fbpx Skip to main content

Bila anak tak sihat seperti batuk dan selsema, ibubapa lah yang paling risau, kan? Segala jenis ubat dan petua nak dibeli dan diikuti. Kalau ada yang menjadi dan serasi dengan anak, alhamdulillah. Apabila anak nampak perubahan positif walaupun sedikit, ibubapa dah tentu rasa gembira!

Ibubapa buntu bila anak sakit

Ibubapa buntu bila anak sakit

Tetapi, kalau anak masih tak sihat, ibubapa perlu peka dengan beberapa tanda ini:

  • Batuk berkahak, selsema dan nafas berbunyi berlarutan selama beberapa hari atau berminggu-minggu.
  • Anak sudah diberi pelbagai ubat, namun keadaan masih sama.
  • Anak mula demam akibat batuk berpanjangan.
  • Selalu terjaga waktu malam kerana tidur tidak lena disebabkan kahak.
  • Anak kurang selera makan, tidak mahu menyusu atau tak boleh menyusu disebabkan sesak nafas.

Jika anak anda terdapat simptom-simptom di atas, itu tandanya kahak sangat banyak pada rongga hidung dan saluran pernafasan.

Apa yang Ibubapa Perlu Buat dengan Bayi yang Alami Batuk dan Selsema?

  • Pastikan udara di dalam rumah dalam keadaan lembap

Air Humidifier

Boleh didapati di mana-mana pasaran

Apabila udara lembap, kahak akan senang cair dan akan keluar dengan sendiri lebih cepat. Jadi macam mana nak pastikan udara menjadi lembap? Satu, ibubapa boleh pasang alat “air humidifier” di dalam rumah, tetapi jika tiada, ambil satu besen air suam dan halakan muka anak ke arah wap air suam tadi.

  • Gunakan ubat titik hidung dan penyedut hingus

Saline Drop

Boleh didapati di farmasi

Ibubapa boleh dapatkan ubat titik hidung (saline drop) dan penyedut hingus ini di farmasi berhampiran. Murah sahaja dan kaedah ini sangat senang untuk membuatkan bayi anda selesa tanpa kahak yang banyak.

  • Prosedur sedut kahak

Jika ibubapa melihat anak dalam keadaan tidak selesa akibat kahak yang berlebihan, boleh terus dapatkan rawatan sedut kahak atau “suction”. Ada mesin khas yang akan menyedut kahak bayi pada rongga hidung dan tekak bayi. Siapa yang akan lakukan prosedur ini? Mereka adalah samada doktor atau fisioterapis yang bertauliah.

Di Flex Physiotherapy cawangan Kuantan, kami menyediakan servis Suction juga. Fisioterapis yang bertauliah akan melakukan sesi konsultasi dahulu bersama ibubapa. Sebelum beralih kepada proses suction, fisioterapis akan melakukan teknik tepukan seperti Cupping atau Percussion pada dada bayi untuk melonggarkan kahak mereka. Selepas itu, barulah diteruskan untuk prosedur sedut kahak.

Ibubapa jangan risau ya, fisioterapis kami terlatih dan prosedur yang dijalankan adalah sama seperti di hospital.

Fisioterapis sedang lakukan proses sedut kahak bayi yang alami batuk dan selsema sambil diperhatikan oleh ibu bayi tersebut

Fisioterapis sedang lakukan proses sedut kahak bayi sambil diperhatikan oleh ibu bayi tersebut.

Proses sedut kahak bayi yang alami batuk dan selsema berpanjangan dilakukan oleh fisioterapis bertauliah

Proses sedut kahak bayi dilakukan oleh fisioterapis bertauliah.

Mesin sedut kahak bayi yang alami batuk dan selsema adalah setaraf dengan hospital pakar

Mesin sedut kahak bayi yang digunakan adalah setaraf dengan hospital pakar.

================================================================================

Jadi, bolehlah ibubapa ikut tips diatas ini jika tanda-tanda yang disebutkan tadi ada pada anak anda. Disamping ikhtiar dengan cara ini, ibubapa perlu juga untuk pantau keadaan anak dari semasa ke semasa.

Jika terlalu lama sangat batuk dan selsema serta kahak berlebihan, rujuk terus ke hospital dan dapatkan rawatan dengan kadar segera.

Semoga bermanfaat!