“Aduh..mak sakit sendi lutut ni, dah 2-3 minggu sakit. Mak nak solat pun sakit sangat”
Siapa yang tak bimbang bila mendengar keluhan mak yang sebelum ni tak pernah-pernah berlaku, kan?
“Cuba adik carikan ubat sakit lutut untuk mak, mana tau ada yang boleh sembuhkan sakit lutut mak ni”.
Haa.. Mak anda mungkin menghadapi masalah radang sendi lutut!!
Nak tahu lebih lanjut? Jom baca info di bawah ni 👇👇👇
APA ITU RADANG SENDI LUTUT?
Arthritis adalah keradangan pada sendi anda. Radang sendi tulang atau juga dikenali sebagai ‘”osteoarthritis” adalah antara jenis arthritis yang paling kerap terjadi. Mana-mana sendi di dalam badan berpotensi untuk mengalaminya, terutamanya bahagian lutut.
Ia adalah degeneratif di mana faktor usia merupakan salah satu punca utama. Oleh itu, radang sendi lutut kerap dialami oleh golongan berusia 50 tahun dan ke atas. Namun begitu, golongan lebih muda juga berpotensi mengalaminya atas faktor-faktor lain.
Radang sendi lutut boleh membuatkan aktiviti harian menjadi sukar, contohnya berjalan atau menaiki tangga. Masalah ini akan mangganggu proses kehidupan dan pekerjaan kita. Untuk peringkat yang lebih teruk, sakit akibat arthritis lututini juga boleh menyebabkan ketidakupayaan anggota.
Walaupun tiada penyembuhan sepenuhnya untuk arthritis, rawatan masih boleh dilakukan untuk mengatasi dan mengurangkan kesakitan dan simptom-simptomnya. Sekaligus membantu mereka yang mempunyai arthritis lutut ini agar dapat meneruskan aktiviti harian dengan lebih mudah.
BAGAIMANA RADANG SENDI LUTUT INI BOLEH TERJADI?
Dalam kes osteoartritis,pada permulaannya tulang rawan pada sendi lutut mula menipis secara beransur-ansur.
Semasa proses ini, ia menjadi haus dan kasar dan kemudiannya mengakibatkan ruang perlindungan antara tulang berkurangan.
Ini boleh mengakibatkan geseran di antara tulang, dan menghasilkan ‘bone spur’ yang menyebabkan rasa sakit pada lutut.
Osteoarthritis ini terbentuk secara perlahan dan kesakitan akan bertambah teruk dari semasa ke semasa.
ADAKAH ANDA MENGALAMI RADANG SENDI LUTUT?
❗❗AWAS! Anda mungkin mempunyai masalah radang ini jika ada simptom-simptom di bawah:
- Sendi lutut menjadi kaku, bengkak, dan sukar untuk membengkok dan meluruskan lutut.
- Kesakitan dan bengkak pada lutut semakin teruk pada waktu pagi, atau selepas duduk atau berehat.
- Aktiviti yang terlalu aktif menyebabkan kesakitan bertambah.
- Lutut rasa “terkunci” atau “terlekat” semasa pergerakan.
- Bunyi ‘klik’ atau bergeser semasa menggerakkan lutut.
- Rasa lemah atau longgar pada lutut.
Tanpa rawatan pemulihan yang baik, kesan-kesannya boleh menjadi semakin teruk dari semasa ke semasa. Akhirnya, mengganggu kualiti kehidupan anda.
PUNCA RISIKO RADANG SENDI LUTUT:
- Peningkatan usia
- Berat badan berlebihan
- Genetik (ahli keluarga mempunyai sejarah radang)
- Aktiviti lasak dan bersukan
LANGKAH MENCEGAH DAN MENGURANGKAN RISIKO KECEDERAAN LUTUT:
- Bersenam secara berkala
- Aktiviti regangan sebelum dan selepas bersukan
- Menurunkan berat badan
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.