fbpx Skip to main content

SAKIT YANG DIALAMI SEJAK 3 TAHUN LALU, WANITA INI BERKONGSI PENGALAMAN SAKTI BELAKANG TERKENA SLIP DISC!


Ikuti kisah Puan T yang hampir 3 tahun menderita masalah sakit belakang.

“Duduk tidak kena, berdiri dalam tempoh lama juga tidak selesa sehinggakan ketika waktu berbaring pun belakang badan terasa sakit.

Sakit keterlaluan yang menyebabkan rasa tidak selesa di bahagian belakang atau berhampiran pinggang sangat membantutkan aktiviti seharian saya.

Derita sakit belakang kronik

Sampai la 1 masa, keadaan jadi makin teruk. Tengah berjalan kaki nak pergi kerja, tiba-tiba kaki sebelah kanan tak terasa langsung bila pijak jalan. Ok, waktu tu dah rasa seram dah. Naik tangga rasa sakit dekat pelipat kaki. Esoknya, saya pergi klinik dan minta surat untuk refer pakar.

Bila Dr buat MRI, Dr sahkan saya kena slip disc. Ada beberapa disc dah terkena urat saraf sebelah kanan. Tu yang kaki kanan je rasa kebas. Ramai yang cadangkan kepada saya untuk pergi mengurut tetapi sakit tetap tak hilang.

Kemudian, saya terjumpa iklan Flex Physiotherapy yang boleh merawat masalah saya. Saya rasa nak cuba buat rawatan di sini. Alhamdulillah, sewaktu saya buat rawatan disini, dengan hanya 3 sesi rawatan sahaja, sakit belakang yang saya alami selama ini semakin berkurangan, kini saya dah boleh berdiri lama di dapur tanpa rasa kebas. Tak sabar rasanya nak tunggu untuk 5 lagi sesi rawatan di pusat Flex Physiotherapy.

Dengan kuasa Allah SWT, Alhamdullillah kesakitan yang ditanggung sejak bertahun-tahun semakin pulih.
Terima kasih kepada terapis Flex Physiotherapy yang telah membantu merawat saya.” – ujar Puan T, Pasir Mas.


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply