fbpx Skip to main content

Betul Ke Duduk Cara Salah Ni Lagi Bahaya Daripada Apa Yang Kita Sangka?

Ini adalah satu kenyataan yang mana postur badan memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian. Penting untuk kesihatan dan kesejahteraan kita. Namun, dalam keadaan sedar tak sedar, masih ramai tidak menyedari mereka mempunyai postur badan yang salah dan mengabaikan penjagaan postur badan yang mengundang kepada pelbagai masalah kesihatan.

Postur badan yang salah merupakan wabak kesihatan moden yang jauh lebih bahaya daripada sangkaan orang ramai. Hal ini terjadi berikutan gaya hidup masyarakat kini yang semakin tidak aktif atau sedentari.

KESAN BURUK CARA DUDUK YANG SALAH

Apa kesan buruk akibat daripada postur badan yang salah ni? Jadi, posting kali ini saya nak kongsi info 5 kesan buruk akibat postur badan yang salah. Haa…Sebelum tu, cuba anda tengok depan cermin, bagaimana postur badan anda sekarang? Atau anda sedang baca ni sambil duduk membongkok? Hmmm…

Menyekat Sistem Penghadaman

Badan yang membongkok boleh membawa kepada sistem penghadaman yang teruk. Bila dalam keadaan sebegini, usus pun akan terlipat sama. Hal ini dikatakan oleh Steven Weiniger seorang penulis “Stand Taller-Live Longer.” Bila duduk atau berdiri dalam keadaan membongkok, ia memperlahankan proses system penghadaman, sebab itu ada sesetengah orang badannya tak gemuk tapi perut buncit.

Memberi kesan terhadap Mood Anda

Nampak macam tak logik kan postur yang salah boleh mengganggu mood? Satu kajian di US telah membuktikan bahawa orang yang berjalan membongkok mengalami masalah depressi dan nampak tidak bermaya berbanding dengan orang yang berjalan secara normal. Bila berjalan dalam keadaan bahu membongkok, secara automatik muka akan jadi muram.

Menjejaskan Prestasi Kerja

Bila masuk pejabat dengan postur badan yang teruk, orang akan nampak berjalan macam orang malas. Seorang penulis postur ‘Get It Straight’ berkata, “The best way you can improve your posture for the long term is by strengthening your muscles mid-back.” Apa yang nak dimaksudkan adalah kena buat senaman 😊 Memperbaiki postur badan bukan sekadar mengubah cara duduk atau berdiri. Perkara penti adalah menguatkan otot teras dengan cara yang terbaik untuk kesihatan dan keselesaan.

Spider-veins

Duduk lama ni bukan sahaja punggung yang jadi kebas tapi kaki dan satu badan pun boleh jadi kebas. Betul kan? Kadang-kadang tu sampai bahu pun jadi lenguh dan sakit leher. Orang yang dah terbiasa duduk dengan silang kaki sangat mudah nak dapat spider veins. Kenapa? Sebab darah dan segala cecair dalam badan susah nak mengalir dengan lancar. Haaa. Takut tak? Tak sangka hanya dengan postur badan yang salah, teruk juga kesannya kepada tubuh badan. Pastinya kita tak nak semua ni terjadi dekat badan kita. Apatah lagi pada usia muda ni.

Bertambah Stress

Nak relaks kenalah duduk tegak. Pernah tak rasa lenguh-lenguh masa duduk dalam keadaan yang lama? Mulalah nak cari dan betulkan posisi duduk dan rasa macam nak baringkan badan. Bila badan rasa sakit, akan bertambahnya tekanan perasan serta badan pula akan keletihan. Jadi, jagalah kesihatan tubuh badan anda untuk mengelakkan tekanan perasaan.


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply