fbpx Skip to main content

Bagi sesetengah orang terutamanya golongan belia dan muda sakit lutut kebanyakkan disebabkan oleh kecederaan sukan atau kemalangan.

Kecederaan biasanya melibatkan ligamen, meniscus atau tulang rawan.

Bagi golongan yang berusia atau warga emas lain pula tafsirannya.

Kebanyakkan orang yang lebih berusia menderita sakit lutut disebabkan penghausan tulang rawan yang lebih dikenali sebagai Osteoartritis.

 

sakit lutut

Gambaran penyumbatan salur darah pada kaki.Secara mudahnya, Osteoartritis dikategorikan kepada dua jenis iaitu primer dan sekunder

serta penyakit ini bergantung kepada risiko tidak boleh ubah dan boleh ubah.

Tapi bukan sakit lutut atau Osteoartritis yang kita nak cerita,

tapi macam mana nak bezakan sakit lutut dan sakit bahagian kaki disebabkan penyumbatan salur darah.

BAHAYA PENYUMBATAN SALUR DARAH PADA KAKI

Ia sama seperti penyumbatan salur darah ke jantung atau otak yang mengakibatkan serangan jantung atau strok, cuma bezanya ia berlaku pada kaki.

Bagaimanapun, ramai beranggapan penyakit ini tidak terlalu bahaya, tidak seperti serangan jantung atau angin ahmar (strok)

Namun sebenar­nya, penyumbatan darah di bahagian kaki boleh menyebabkan penyakit vaskular periferi.

Menegenai penyakit vaskular periferi

Penyakit ini boleh jadi lebih teruk atau kata lainnya bahaya jika tidak dirawat kerana boleh menyebabkan rasa sakit berpanjangan pada anggota itu sebelum kesan gangren menyebabkan lebam atau hitam.

Mereka yang diserang masalah ini biasanya mengalami gejala seperti kaki kejang, sakit dan berasa dingin.

Sekiranya tidak diambil langkah awal untuk sebarang rawatan, masalah ini boleh memberi kesan buruk dan paling teruknya ia boleh menjadi hitam kerana sel mati

Lebih parah lagi ia boleh membuatkan kaki seseorang pesakit itu dipotong.

sakit lutut

Apa yang menakutkan, ada antara pesakit PAD yang awalnya tidak mengalami sebarang gejala atau tanda, namun kemudian berkembang secara perlahan-lahan tanpa disedari.

Di Malaysia, statistik menunjukkan lebih 10,000 pesakit terpaksa menjalani amputasi

yang mana 40 peratus daripada kes ini boleh dielak jika mereka menerima rawatan awal.

APA ITU RISIKO BOLEH UBAH DAN TIDAK BOLEH UBAH

Berbalik kepada pengenalan kita di awal tadi. Berikut merupakan penjelasan mengenai;

  1. Risiko boleh ubah.

Faktor boleh ubah boleh dikategorikan seperti obesiti, trauma, pergerakan harian dalam aktiviti pekerjaan dan sebagainya,

  1. Risiko tidak boleh ubah.

Risiko tidak boleh ubah terdiri daripada umur, jantina dan faktor genetik,

tanda-tanda mengalami sakit lutut biasanya merasa ketat pada bahagian lutut terutamanya 30 minit pada waktu pagi.

Sakit lutut yang kronik akan kelihatan pada fizikal seseorang apabila terasa amat sakit, keterbatasan dalam melakukan sebarang aktiviti atau lebih teruk lagi mengalami kebengkokan sendi yang kebiasaannya berlaku pada tahap yang teruk.

KAEDAH RAWATAN

  1. Kaedah tanpa ubat

Rawatan bagi sakit lutut tak lain tak bukan adalah rawatan tanpa ubat iaitu fisioterapi dan boleh juga dengan mengurangkan berat badan dengan amalan pengambilan makanan secara sihat.

  1. Pengambilan ubatan

kaedah pengambilan ubat dan suntikan pula adalah bagi mengurangkan rasa sakit atau keradangan pada sendi lutut yang disifatkan sebagai penyembuh sementara.

Selain itu, rawatan melalui kaedah pembedahan akan disyorkan jika simptom tidak dapat dikawal oleh kaedah lain.

Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan melalui ujian imbasan sinar-X (X-ray) atau MRI untuk melihat tisu lembut lutut atau otot dan pengambilan sampel darah juga boleh dilakukan bagi memastikan diagnosis yang tepat.

Diagnosis yang tepat tentang sakit lutut adalah penting untuk mendapatkan kaedah rawatan yang sesuai bagi memastikan kualiti kehidupan terjamin walaupun di usia emas,” jelasnya lanjut.


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Layari laman web Flex Physiotherapy sekarang!

Leave a Reply