Kaki bunion ye bukan bunian. Bunian tu benda lain pula. Jika anda seperti kebanyakan orang lain, kedudukan ibu jari kaki anda boleh bersandar sedikit ke arah jari kaki anda yang lain.
Dari masa ke masa, pangkal ibu jari kaki boleh ditolak keluar terhadap tulang metatarsal yang pertama, yang berada betul-betul di belakangnya. Ini menyebabkan berlakunya Bunion, iaitu keadaan bengkak yang menyakitkan pada jari ibu kaki.
Simptom Bunion
Cuba lihat pada kaki anda. Lihat di mana bahagian jari kaki anda bersambung? Sekiranya anda melihat ada benjolan dan keadaan ibu jari kaki anda mengarah ke arah yang bertentangan, anda mungkin mempunyai Bunion.
Ia kadang-kadang boleh membengkak, bertukar menjadi kemerahan, berasa lembut apabila disentuh, atau juga rasa sakit. Dari masa ke masa, ia juga boleh menjadi berkilat dan berasa hangat apabila anda menyentuhnya.
Tanda-tanda dan gejala bunion termasuklah:
- Benjolan di bahagian luar pangkal jari kaki anda
- Bengkak, kemerahan atau rasa sakit di sekitar sendi ibu jari kaki anda
- Kesakitan berterusan atau terputus-putus
- Pergerakan jari kaki anda terhad jika artritis menjejaskan kaki
Faktor Risiko Bunion
Faktor-faktor ini mungkin meningkatkan risiko anda mendapat Bunion:
- Kasut tumit tinggi – Memakai kasut tumit tinggi memaksa jari-jari kaki anda ke bahagian depan kasut anda, dan selalunya akan menggigit jari kaki anda.
- Kasut yang tidak sesuai – Orang yang memakai kasut yang terlalu ketat, terlalu sempit atau terlalu tajam lebih mudah terdedah kepada Bunion.
- Artritis reumatoid – Mempunyai keadaan keradangan ini boleh membuatkan anda lebih mudah terdedah kepada bengkak tersebut.
- Keturunan – Kecenderungan untuk mendapat Bunion mungkin disebabkan oleh kecacatan struktur kaki yang diwarisi.
Rawatan Bunion
Pilihan rawatan adalah berbeza bergantung pada betapa teruknya Bunion anda dan jumlah kesakitan yang berlaku disebabkannya.
– Rawatan konservatif
Rawatan yang tidak memerlukan pembedahan dan boleh melegakan kesakitan dan tekanan keadaan bengkak tersebut termasuklah:
- Menukar kasut – Pakai kasut yang luas dan selesa serta menyediakan banyak ruang untuk jari kaki anda.
- Pengambilan ubat-ubatan – Acetaminophen (Tylenol, yang lain), ibuprofen (Advil, Motrin IB, yang lain) atau natrium naproxen (Aleve) dapat membantu anda mengatasi kesakitan penyakit tersebut. Suntikan kortison juga mungkin membantu.
- Menyapu ais – Menyapu ais pada Bunion selepas kaki anda bergerak terlalu lama atau jika ia mengalami keradangan boleh membantu melegakan rasa sakit dan keradangan tersebut.
– Pembedahan
Jika rawatan konservatif tidak memberikan kelegaan pada gejala anda, anda mungkin memerlukan pembedahan. Walau bagaimanapun, pembedahan tidak disyorkan kecuali Bunion menyebabkan anda sering berasa sakit atau mengganggu aktiviti harian anda.
Terdapat banyak prosedur pembedahan untuk Bunion, dan tiada satu teknik yang dilihat terbaik untuk setiap masalah. Prosedur pembedahan untuk bunion mungkin melibatkan:
- Mengeluarkan tisu yang bengkak dari sekitar sendi ibu jari anda.
- Meluruskan ibu jari anda dengan mengeluarkan sebahagian tulang.
- Menyusun semula tulang panjang di antara bahagian belakang kaki dan ibu jari anda, untuk meluruskan sudut yang tidak normal pada ibu jari tersebut.
- Menyatukan tulang sendi anda yang terjejas secara kekal.
Terdapat kemungkinan bahawa anda boleh berjalan kaki dengan segera selepas prosedur Bunion dibuat. Walau bagaimanapun, pemulihan penuh boleh mengambil masa selama beberapa minggu hingga beberapa bulan.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.