fbpx Skip to main content
5 Cara Hilangkan sakit dan kebas kaki

Punca kaki kebas adalah disebabkan otot tegang di bahagian pinggul ataupun tulang belakang.

Otot piriformis adalah otot yang biasanya terlibat. Ia adalah otot kecil yang terletak di dalam punggung .

Haa, nak tahu bagaimana senaman untuk hilangkan kebas kaki?

Jom sama-sama kita lihat info di bawah 👇👇👇

Jom kita mula

Senaman 1

Regangan Belakang Peha – Duduk

regangan belakang peha - duduk

Duduk dan berlunjur kaki kanan ke depan, manakala kaki kiri dalam keadaan bersila.

Halakan kedua-dua tangan ke hujung kaki kanan. Pastikan semasa menghalakan tangan, kaki kanan dalam keadaan lurus tanpa terangkat bahagian lutut.

Tahan kedudukan ini selama 10 saat. Ulang senaman ini pada kedua-dua belah kaki, kanan dan kiri, sebanyak 2 hingga 3 kali ulangan.

Senaman ini membantu untuk regangkan otot-otot di bahagian belakang peha.

Senaman 2

Regangan Belakang Peha – Berdiri

regangan belakang peha - berdiri

Sediakan kerusi atau tempat yang tinggi, berdiri menghadap kerusi dan letakkan kaki di atas kerusi.

Luruskan kaki tanpa ada bengkok pada kedua-dua bahagian lutut dan rasakan regangan otot di bahagian bawah peha.

Tahan kedudukan ini selama 10 saat. Ulang senaman ini sebanyak 3 kali.

Senaman 3

Regangan Piriformis

regangan piriformis

Rebahkan badan atau berbaring dengan keadaan selesa. Angkat salah satu kaki dan lipatkan ke atas peha kaki sebelah.

Tahan kedudukan ini selama 10 hingga 15 saat. Ulang senaman ini sebanyak 3 kali ulangan.

Senaman 4

Regangan Belakang Peha dan Betis

regangan belakang peha dan betis

Rebahkan badan atau berbaring dengan keadaan selesa. Sediakan satu tuala dan letakkan di perut kaki.

Tarik tuala secara perlahan-lahan dengan kedua-dua tangan. Tarik dan angkat kaki setakat yang mampu. Rasakan regangan di bahagian belakang peha dan betis.

Tahan kedudukan ini selama 10 saat. Ulang senaman ini kedua-dua belah kaki sebanyak 3 kali ulangan.

Senaman 5

Regangan Piriformis di atas kerusi

regangan piriformis atas kerusi

Sediakan satu kerusi dan duduk tegak dengan selesa di atas kerusi.

Angkat salah satu kaki dan letakkan ke atas peha kaki sebelah lagi.

Tahan kedudukan ini selama 10 saat. Ulang senaman ini kedua-dua belah kaki sebanyak 3 kali ulangan.

semoga bermanfaat untuk semua
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply