fbpx Skip to main content

 

kejang otot
Gambar 1 : Cara Menangani Kekejangan Otot kaki Ketika work From Home

Pada hujung tahun 2019 kita telah dikejutkan dengan satu wabak yang dinamakan sebagai Covid-19. Wabak ini sangatlah bahaya sehingga mengakibatkan banyak sektor awam terpaksa ditutup.

Hal ini telah menyebabkan tercetusnya idea bekerja dari rumah atau work from home (WFH). Akan tetapi bila bekerja dari rumah banyak pula sakit yang datang disebabkan kesalahan posture atau duduk yang terlalu lama salah satunya adalah kekejangan otot.

Haa sakit kan bila terkena kejang otot ni!

Kekejangan Otot

Kekejangan otot adalah tanda-tanda blood circulation  yang buruk. Hal tersebut merupakan sebuah tanda untuk memberi tahu bahwa kamu bekerja dengan posisi tubuh yang salah.

Kekejangan otot merupakan sebuah fenomena di mana otot pada tubuh badan kita mengalami pengecutan (“contractions”) secara tidak terkawal dan langsung tidak relaks.

Apabila kejang otot berlaku,  individu yang terlibat akan berasa otot mereka kecut lalu berasa sakit yang terlampau. 

Otot yang selalunya mengalami masalah kekejangan ini ialah otot pada betis, paha, punggung, dada serta tangan.

Ini kerana otot-otot inilah yang sering kali digunakan secara berlebihan oleh orang, tetapi gagal melakukan sedikit aktiviti rengangan (stretching) otot sebelum digunakan.

Cara Menangani Kekejangan Otot:

1. Minum air yang mencukupi

kejang otot
Gambar 2 : Minum Air Mencukupi

Hal ini kerana air merupakan sumber utama oksigen bagi otot-otot dalam badan. Dengan pengambilan air yang mencukupi, otot pada badan kita akan mendapat air yang mencukupi serta dapat berkembang dan mengecut dengan sempurna. 

2. Pengambilan makanan yang mineral tinggi

kejang otot
Gambar 3 : Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Ini dapat dilakukan dengan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak kerana inilah yang akan membantu meningkatkan kuantiti bahan mineral dalam badan.

3. Melakukan aktiviti regangan

kejang otot
Gambar 4 : Aktivit Regangan

Prinsip utama adalah untuk melawan arah tarikan otot tersebut. Ini sememangnya akan mendatangkan sakit pada awalnya tetapi dalam beberapa saat sahaja akan boleh berasa lega dan kurang sakit.

Kesimpulan

kita haruslah mengetahui mengenai kepentingan mengelakkan kekejangan otot ini kerana ianya akan mengganggu kehidupan seharian kita dengan mengundang pelbagai masalah yang tidak diingini.

Oleh itu, sama-samalah kita mengamalkan gaya hidup sihat untuk memastikan keadaan seperti ini tidak mengancam kesihatan kita

#kejang_otot #work_from_home #rawatan #fisioterapi #flex_fisioterapi_kelantan #flex_fisioterapi_terengganu #flex_fisioterapi_pahang #flex_fisioterapi_kota_bharu #flex_fisioterapi_kuala_terengganu #flex_fisioterapi_kuantan #fisioterapi_kelantan #fisioterapi_terengganu #fisioterapi_pahang #fisioterapi_kota_bharu #fisioterapi_kuala_terengganu #fisioterapi_kuantan

 

BACA JUGA : https://flexphysiotherapy.my/4-cara-untuk-hilangkan-sakit-selepas-bersenam/

Leave a Reply