fbpx

Cara Mudah untuk Merawat Bell’s Palsy

 

Bell’s Palsy adalah satu kelemahan otot muka disebabkan oleh inflamasi pada urat muka. Inflamasi ini meningkat di sekitar saraf muka yang mana ia melalui tengkorak dari otak.

Kerosakan saraf ini biasanya berlaku apabila saraf mengalami keradangan dan menjadi bengkak atau kerana jangkitan virus.

Bell’s Palsy paling biasa berlaku di antara umur 10 dan 40 tahun.

Di antara tanda – tandanya adalah ;

  • Sebelah muka anda akan menjadi lemah dan apabila anda senyum, hanya sebelah otot muka yang berfungsi.
  • Tidak berupaya untuk mengunyah makanan. Makanan mungkin akan terperangkap diantara lelangit dan gusi. Minuman dan air liur juga akan meleleh dari tepi mulut.
  • Anda tidak berupaya menutup mata dan ini menyebabkan mata akan menjadi kering atau air mata akan mengalir keluar.

 

Kali ini kami kongsikan video 5 senaman mudah untuk pesakit Bell’s Palsy. Jangan lupa kongsikan kepada yang lain.

 

 

Nak tahu lebih lanjut berkaitan tanda-tanda dan punca Bell’s Palsy? Klik link di bawah

https://bit.ly/2HhoDnG

Ingin tahu lebih lanjut? Klik link di bawah
.
http://flexphysiotherapy5.wasap.my