fbpx Skip to main content

Umum mengetahui masalah sakit leher adalah masalah yang biasa dihadapi oleh masyarakat Malaysia. Jika sakit leher ini berlarutan lebih dari 6 bulan, ia boleh menjadi sakit leher yang kronik. Oleh itu, amatlah penting bagi individu tersebut mengetahui bahawa sakit leher yang sedang dialaminya bukanlah sekadar sengal biasa dan beranggapan ia akan pulih dengan sendiri. Kesakitan yang kronik akan mengganggu aktiviti kehidupan dan produktiviti harian anda.

Cara Terbaik Merawat Masalah Sakit Leher

Masalah yang kronik boleh disebabkan oleh fungsi struktur pada leher seperti:

  • Artritis pada sendi facet
  • Disc tergelincir
  • Sakit otot yang kronik
  • Ruang antara tulang belakang (vertebra) semakin berkurang
  • Ligament cedera

Saraf leher/saraf tunjang tersepit

 

Antara faktor berlakunya sakit leher

1. Faktor usia

2. Postur yang salah ketika bekerja

3. Kecederaan sukan

4. Penyakit arthritis

5. Osteoporosis

6. Mempunyai sejarah kecederaan sakit leher seperti kemalangan jalan raya (whipash injury)

7. Penyakit kanser pada tulang belakang

8. Tulang belakang bengkok (scoliosis)

9. Stress

Simptom yang mungkin anda akan hadapi:

Simptom yang dinyatakan ini mungkin berbeza pada setiap individu dan mengikut jenis kesakitan pada leher.

  • Rasa lenguh dan tidak selesa pada leher
  • Kejang otot leher sehingga tidak dapat melakukan pergerakan leher seperti memusing, menunduk atau mendongak
  • Rasa sakit mencucuk
  • Rasa berdenyut atau panas pada sendi leher
  • Kebas atau rasa seperti terkena renjatan elektrik pada leher dan turun ke bahu dan tangan
  • Jika sakit leher ini berlarutan dan mencapai tahap yang serius, seseorang boleh mengalami kelumpuhan atau lemah pada otot bahu dan tangan

Gejala sampingan lain:

  • Pening kepala
  • Migrain
  • Rasa seperti melayang serta hanyut
  • Telinga berdengung
  • Mata menjadi kabur

Tips mengurangkan sakit leher

Admin sarankan untuk anda mendapatkan pemeriksaan doktor dan rawatan dengan segera jika keadaan sakit bertambah kuat dan tidak dapat dikawal dengan ubat tahan sakit dan ubat saraf.

1. Jangan berurut/lakukan manipulasi tulang KECUALI dengan pakar fisioterapi SAHAJA.

2. Sentiasa aktif.

3.Melakukan senaman regangan setiap 30 minit apabilamenghadap komputer dalam jangka masa yang lama.

4. Memakai kolar leher jika diberikan oleh doktor. Tetapi jangan pakai sewaktu memandu kereta kerana ia menghadkan pergerakan leher.

5. Rawatan Fisioterapi yang merangkumi mobilisasi sendi, manipulasi tulang, urutan serta senaman memainkan peranan penting kerana ia akan mengurangkan rasa sakit dan dapat mengelakkan kecederaan yang sama berulang pada leher anda. – FP


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply