fbpx

Pernahkah anda terbangun malam atau awal pagi sekitar jam 2 atau 3 pagi akibat rasa tidak selesa atau kebas pada bahagian tangan?

Anda akan menggoyang-goyangkan tangan sehingga rasa kebas ini berkurangan?

Atau anda merasa kebas di bahagian tangan iaitu pada ibu jari, jari telunjuk dan sebahagian daripada jari manis?

Kalau jawapan anda ialah “ya”, anda mungkin mempunyai masalah Carpal Tunnel Syndrome.

Apa itu Carpal Tunnel Syndrome (CTS)?

🍀Carpal Tunnel Syndrome (CTS) merupakan kesakitan Saraf Median akibat tekanan yang berpanjangan.
🍀Himpitan saraf Median pada pergelangan tangan berlaku dalam tempoh yang berbeza-beza (minggu, bulan dan tahun) turut diistilah sebagai Cumulative Trauma Disorders.
🍀Dalam kes-kes yang kronik, otot pada pangkal ibu jari akan mengecut (thenar muscle atrophy’) dan kekuatan ibu jari juga akan merosot (abductor muscle weakness).
🍀Ini menyebabkan pesakit mungkin mengalami masalah untuk menggunakan tangan di mana semasa memegang objek seperti sudu, garpu, senduk, telefon, surat khabar, memegang stereng ketika memandu dan sebagainya.
🍀Ia dua kali ganda lebih kerap berlaku kepada wanita berbanding lelaki dan dalam 80 peratus kes, pesakit berusia lebih daripada 40 tahun.

Bagaimana Carpal Tunnel Syndrome berlaku?

💫Majoritinya disebabkan oleh pergerakan sama yang berpanjangan dan berterusan, postur tidak sihat, tekanan berlebihan (menekan pada permukaan keras) dan gegaran


💫Tendon pada kawasan terlibat akan menjadi bengkak dan menekan pada saraf Median
💫Akibatnya, kesakitan dan kekebasan akan berlaku pada pergelangan yang terlibat

Apakah gejala Carpal Tunnel Syndrome?

✔️Sakit di pergelangan tangan, meningkat pada waktu malam dan mengganggu tidur. Kadang kala sakit dirasai pada waktu pagi.
✔️Sakit semasa melakukan aktiviti seperti menulis, menaip dan mengemas rumah

✔️Kebas di kawasan ibu jari, jari telunjuk dan jari manis
✔️Implikasi pergerakan tangan

Faktor terbahagi kepada:

1️⃣️Faktor individu
⛱️Senaman yang dilakukan berterusan (Carter J, Banister E., 1994) dan regangan yang berkala dapat mengelak Carpal Tunnel Syndrome (The Official Guidelines, 2005).
⛱️Merokok (Korhonen T.,et. al.,2003)

2️⃣️Faktor organisasi
🐾Tugasan harian. Kepelbagaian tugasan (Bergqvist U., 1995) dan kekerapan menukar tugasan komputer dengan bukan komputer amat digalakkan (Occupational Safety and Health Administration).
🐾Rehat berkala. Rehat secara berkala dapat mengurangkan risiko Carpal Tunnel Syndrome (Ortiz-Hernandez L, 2003). Tidak berehat akan mengakibatkan pelbagai penyakit Muskuloskeletal (Galinsky TL. et. al., 2000).
🐾Peluang untuk besenam. Lebih banyak masa diperuntukkan untuk bersenam (Ortiz-Hernandez L, 2003) dan melakukan regangan yang kerap sangat efektif untuk mengurangkan ketegangan dan kesakitan otot (Saltzman, 1998).

3️⃣️Faktor ergonomik
🎀Tempat kerja. Tempat bertugas yang ergonomik amat digalakkan (Sauter SL, Schleifer LM, Knutson SJ., 1991) dan Program Regangan Ringan di tempat kerja yang ergonomic akan dapat meningkatkan produktiviti (Saltzman, 1998).

Tanpa rawatan pemulihan yang baik, kesan-kesannya boleh menjadi semakin teruk dari semasa ke semasa. Akhirnya, mengganggu kualiti kehidupan anda.

 

 

Rawatan Fisioterapi :

  1. Rawatan secara pasif
  • Pain relief
  • Modaliti haba, sejuk dan pulsed ultrasound terbukti berkesan bagi mengurangkan kesakitan
  • Teknik Terapi Manual (Urutan dan Taping)
  • Urutan Transverse friction terbukti berkesan secara cepat dan berkala
  • Taping turut membantu di dalam pengurangan sakit Carpal Tunnel Syndrome.
  1. Rawatan secara aktif   Senaman regangan