fbpx Skip to main content

Hilang keseimbangan badan bukanlah satu perkara yang remeh. Mungkin orang sekeliling nampak macam biasa tetapi sebenarnya hilang keseimbangan amat mengganggu dalam kehidupan seharian. Bila berjalan di tempat yang sesak, sibuk pesakit yang mengalami masalah ini mesti berwaspada sebab lagi tinggi risiko untuk jatuh.

Jom kita baca dengan lebih lanjut mengenai masalah hilang keseimbangan badan ini.

Pengenalan

Neuroma akustik adalah tumor yang tumbuh secara perlahan pada saraf keseimbangan (vestibular) atau saraf penghubung telinga dengan otak. Tumor otak ini atau dalam istilah perubatan disebut juga vestibular schwannoma ini tumbuh dari sel Schwann, sel yang menutupi saraf keseimbangan. Akibatnya, fungsi pendengaran dan keseimbangan tubuh manusia menjadi terganggu.

Penyakit neuroma akustik umumnya menyerang orang dewasa antara usia 30-60 tahun dan lebih ramai dialami kaum wanita. Sebahagian besar tumor otak  ini berkembang secara perlahan dan jarang tersebar ke bahagian tubuh lain. Namun demikian, neuroma akustik dapat menjadi masalah serius jika pertumbuhan tumor menjadi sangat besar dan menekan brain stem. Kondisi ini dapat membahayakan nyawa kerana brain stem yang mengawal fungsi vital tubuh.

Gejala Neuroma Akustik

  • Kehilangan pendengaran secara bertahap atau mendadak. Biasanya kondisi ini terjadi pada salah satu telinga.
  • Kehilangan keseimbangan.
  • Vertigo.
  • Tinnitus.

Jika ukuran tumor neuroma akustik sangat besar, beberapa gejala lainnya juga akan muncul. Di antaranya adalah sakit kepala secara berterusan, gangguan koordinasi anggota badan (ataxia) pada salah satu sisi tubuh, penglihatan terganggu atau tidak dapat melihat dengan jelas, suara serak atau susah untuk menelan, kelumpuhan, sakit, atau kebas pada salah satu sisi wajah.

Komplikasi Neuroma Akustik

Neuroma akustik berisiko menyebabkan berbagai komplikasi yang dapat bersifat kekal, seperti:

 

  • Telinga berdengung.
  • Kebas dan kelumpuhan pada otot wajah.
  • Gangguan keseimbangan.
  • Kehilangan pendengaran.
  • Hidrocephalus. Ini disebabkan penekanan tumor besar pada brain stem sehingga menghalangi aliran cairan serebrospinal, iaitu cairan yang mengalir di antara otak dan tulang belakang.

Apakah Rawatan Fisioterapi?

Rawatan fisioterapi adalah bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh pesakit.

Rawatan adalah melibatkan latihan :

  • Habituation
  • Penyesuaian
  • Keseimbangan.
  • Gaya berjalan.
  • Kekuatan otot.
  • Fleksibiliti

Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply