fbpx

Gambar 1: Hentikan Frozen Shoulder

Pernahkah anda merasa bahu anda menjadi kaku dan tak mampu bergerak? Anda mungkin terkena ‘Frozen Shoulder’. Apa Itu ‘Frozen Shoulder’?

Frozen Shoulder ialah satu keadaan terjadinya keradangan, penebalan dan ketegangan pada tisu penghubung sendi bahu. Pergerakan di sendi bahu menjadi terbatas dan merasa sakit di bahagian tersebut.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

Simptom-Simptom ‘Frozen Shoulder’?

Selain masalah pergerakan bahu yang terhad, penghidap ‘Frozen Shoulder’ akan merasa sakit yang berterusan. Simptom-simptom ini akan berlanjutan dan menjadi lebih parah dari semasa ke semasa. Penghidap akan melalui 3 fasa bagi tempoh beberapa bulan seperti berikut:

  1. Fasa kesakitan: Bahu terasa ketat dan sakit apabila melakukan pergerakan.
  2. Fasa pengekatan (freezing): Pergerakan terbatas disebabkan penebalan pada permukaan kapsul sendi. Penghidap sukar untuk mengangkat tangan melepasi kepala dan juga semasa digerakkan ke bahagian belakang pinggang.
  3. Fasa pemulihan/peleburan (thawing): Bahu terasa ringan dan bebas melakukan gerakan. Pergerakan sendi semakin baik.

Apa risiko berlakunya ‘Frozen Shoulder’?

Kebanyakan kes Bahu Frozen akan berlaku tanpa faktor kecederaan. Walau bagaimanapun, factor-faktor berikut menjadi punca utama berlakunya ‘Frozen Shoulder’:         

  • Umur: Penghidap kebanyakan berumur lebih di antara 40 hingga 60 tahun.       
  • Jantina: 70% Penghidap ‘Frozen Shoulder’ adalah dalam kalangan wanita
  • Sejarah cedera dan pembedahan bahu: Individu ini adalah berisiko untuk menghidapi ‘Frozen Shoulder. Kapsul sendi bahu berisiko menjadi keras sepanjang fasa pemulihan selepas menjalani pembedahan.
  • Diabetes: Penghidap diabetes meningkatkan risiko mengalami Bahu Frozen sebanyak 2 hingga 4 kali ganda dengan tiada penyebab.
  •  Penyakit lain: 

-Strok

-Penyakit kardiovaskular

-Parkinson 

Apakah rawatan awal untuk ‘Frozen Shoulder’?

Rawatan awal berikut akan dapat membantu mengurangkan kesakitan pada sendi anda:

  1. Perlindungan (Protection)
Gambar 2: Elak Pergerakan Bahu

Kurangkan pergerakan bahu yang terkena daripada melakukan aktiviti berat.

2. Rehat (Rest)

Rawatan 3: Rehat

Berhenti dan rehat daripada melakukan aktiviti yang membebankan.

3. Ais

Gambar 4: Rawatan Ais

Rawatan sejuk akan dapat mengurangkan inflamasi di dalam sendi pada peringkat awal dan membantu mengurangkan sakit. Anda dinasihati untuk meletak terapi sejuk selama 15 minit dan diulangi 3-4 kali sehari. Ianya akan membantu melancarkan pergerakan sendi serta bantu menguatkan otot. Ada individu yang rasa selesa dengan rawatan haba.

4. Pemampatan (Compression)

Gambar 5: Gunakan Pembalut Elastik

 Sekiranya bengkak masih ada, balut pembalut elastik bagi meningkatkan sistem pengaliran darah.

Rawatan Fisioterapi ke atas ‘Frozen Shoulder’

1.      Modaliti untuk mengurangkan sakit

Rawatan haba atau sejuk digunakan untuk mengurangkan sakit. Rawatan ais dinasihati digunakan setiap kali selepas melakukan senaman atau aktiviti yang membebankan. Stimulasi electrical dengan mesin TENS atau Interferrential pula akan dapat mengurangkan sakit, mengawal keradangan serta melancarkan pengaliran darah yang seterusnya dapat mempercepatkan proses pemulihan.

2.      Senaman

Senaman regangan dan kekuatan harus dilakukan secara berterusan bagi memastikan ketahanan dan fleksibiliti otot bahu.

3.      Nasihat

  • Kurangkan aktiviti yang memerlukan gerakan melebihi paras kepala seperti melontar.
  • Kurangkan aktiviti mengangkat bebanan berat seperti tekan tubi lantai.
  • Sentiasa berusaha menguatkan otot bahu dan jangan meneruskan aktiviti yang menyakitkan.
  • Sentiasa menguatkan otot bahu yang tidak terlibat.
  • Jangan tidur mengiring dengan menghimpit bahu. Amalkan tidur terlentang bagi mengelak berlakunya kondisi impingement.

NAK Konsultasi PERCUMA untuk anda, hubungi kami segera !!
Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI

#frozenshoulder #rawatan #sakitbahu #pergerakanbahu #bahukaku #rehat #rawatanais #senaman #fisioterapi #fisioterapiKelantan #fisioterapiTerengganu