5 MASALAH GAYA BERJALAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK (GAIT)
1. Bowlegs (kaki melengkung keluar)
2. Knock-knees (kaki bengkok ke dalam)
3. Flatfeet
4. Jalan berjengket
5. Skoliosis
1. Knock-Knees (Kaki Bengkok Ke Dalam)
– Masalah Ini Ialah Dimana Kedua-Dua Belah Kaki Bengkok Ke Dalam Dan Lutut Menyentuh Satu Sama Lain Menyebabkan Terdapat Jurang Antara Buku Lali Apabila Anak Anda Berdiri.
– Kebanyakan Kanak-Kanak Mengalami Masalah Ini Di Antara Umur 3 Hingga 5 Tahun.
– Apabila Mereka Berumur 6 Tahun, Bentuk Badan Mereka Akan Lurus Dengan Sendirinya Dan Kebanyakan Kanak-Kanak Boleh Berdiri Dengan Kaki Yang Lurus
2. Bowlegs (Kaki Melengkung Keluar)
– Masalah Ini Berlaku Dimana Terdapat Jarak Antara Lutut Apabila Anak Anda Berdiri Dengan Kaki Dan Buku Lali Dirapatkan (Kaki Kelihatan Melengkung Keluar).
– Bowlegs Kebiasaannya Adalah Fisiologikal, Ini Bermakna Kaki Anak Anda Akan Mula Lurus Apabila Dia Mula Berjalan Dan Masalah Ini Akan Hilang Dengan Bertambahnya Usia.
3. Flatfeet
-Flatfeet Adalah Masalah Tapak Kaki Rata, Ianya Bermaksud Tiada Lengkungan Semula Jadi (Arch) Pada Tapak Kaki Anak Anda.
– Permukaan Tapak Kaki Bersentuhan Dengan Tanah/Lantai.
-Perkara Ini Adalah Biasa Dan Tapak Kaki Anak-Ank Akan Semakin Melengkung Apabila Mereka Mula Berjalan.
4. Jalan Berjengket
– Jalan Berjengket Bermaksud Kanak-Kanak Berjalan Menggunakan Jari-Jari Kaki Dan Tapak Kaki Mereka Tidak Bersentuhan Dengan Lantai.
– Ianya Adalah Normal Apabila Kanak-Kanak Berjalan Dengan Cara Berjengket Terutama Ketika Mereka Belajar Berjalan. Namun, Jika Berterusan, Mungkin Ia Menunjukkan Mereka Mempunyai Kelemahan Otot Atau Memberi Petunjuk Kepada Masalah Lain.
5. Skoliosis
– Tulang Belakang Menjadi Bengkok.
-Pada Awalnya, Tulang Belakang Kanak-Kanak Akan Membentuk Lengungan Atau Bentuk C. Tetapi Selepas Meningkat Usia, Tulang Belakang Akan Membentuk 3 Lenkungan Dan Akan Kelihatan Lurus Dari Sisi Belakang.
– Bagi Masalah Skoliosis, Tulang Belakang Membengkok Ke Sisi . Apabila Dipandang Dari Belakang Ia Kelihatan Seperti Bentuk ‘S’ (2 Lengkuk) Atau ‘C’ (Satu Lengkuk).
– Skoliosis Adalah Disebabkan Oleh Faktor Genetik, Pertumbuhan Tulang Belakang Yang Tidak Normal Semasa Perkembangan Akil Baligh Dan Masalah Tulang Atau Otot Sejak Kecil.
Situasi diatas adalah sebenarnya normal berlaku di awal perkembangan fisiologikal kanak-kanak
Tetapi jika masalah ini berlanjutan selepas anak anda berumur 3 tahun, pemeriksaan seterusnya perlu dilakukan untuk memastikan tiada sebab-sebab yang serius.
Rawatan untuk masalah gaya berjalan dalam kalangan kanak-kanak:
– Pemakaian Splint/Braces Untuk Betuklan Keadaan Kaki.
– Rawatan Fisioterapi (Urutan, Senaman Regangan, Senaman Kekuatan)
– Pembedahan Adalah Pilihan Terakhir Bagi Memperbetulkan Masalah Tersebut.- FP
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.
nk tny,,klau dh umur 15 tahun tpi kaki still pengkar dalam xleh nk buat rawatan apa ii ke??
hello,saya nak tanya kalau umur dah 15 tahun tak ada rawatan pemulihan kaki bagi kaki pengkar dalam?