fbpx
Gambar 1 : Derita Sakit Belakang

Ramai kalangan kita mengalami masalah sakit belakang ketika membuat aktiviti seharian seperti bangun dari katil.

Tanpa kita sedar amalan dan gaya hidup seharian seperti duduk depan komputer, berdiri terlalu lama, duduk dalam posisi tidak tepat, cara berjalan dan mengangkat barang menyumbang keadaan itu.

Ahli fisioterapi Flex Physiotherapy, Wan Afiq berkata rutin harian dengan gaya hidup dilakukan sebenarnya boleh mengundang kepada masalah pada bahagian sendi dan otot dalaman badan.

Katanya, apabila rutin harian dilakukan dengan cara yang salah ia boleh mendatangkan kecederaan dan rasa sakit pada bahagian sendi dan otot.

“Bagaimanapun, kecederaan itu boleh dielakkan dengan mengubah gaya hidup atau cara betul, melakukan rawatan fisioterapi,” katanya.

Menurut kajian yang dikeluarkan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 2016 mengatakan 80 peratus pekerja pejabat di Malaysia mengalami satu episod sakit belakang sekali dalam seumur hidup mereka.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

Wan Afiq menjelaskan, peratusan pesakit yang mengalami masalah kesihatan berkenaan akan terus meningkat. Tidak mustahil dijangka menjelang 2021 akan meningkat kepada 97 peratus.

“Mengapa ia boleh berlaku? Ini kerana kehidupan seharian hari ini sudah menjadi kurang aktif.”

“Dulu, ketika bekerja kita menggunakan banyak pergerakan tubuh, contohnya seperti bangun dari tempat duduk untuk membuat salinan kertas di mesin fotostat.”

“Hari ini kecanggihan dunia teknologi dan digital menguasai dunia, tekan saja butang dari aplikasi telefon pintar semua salinan dapat dihantar terus dengan cepat ke seluruh dunia.”

Beliau berkata, ramai orang hanya datang berjumpa jurulatih fisio apabila sudah sakit.

Beliau berkata, pesakit yang mengalami masalah otot akibat kecederaan ketika bersukan atau kemalangan perlu melakukan proses rehabilitasi menerusi kaedah fisioterapi untuk kembali pulih.

Masyarakat sering menganggap kaedah fisioterapi hanya membantu memulihkan pesakit yang mengalami kecederaan selepas bersukan atau kemalangan.

Gambar 2 : Salah satu contoh senaman sakit belakang dari Fisio Wan Afiq

“Rawatan fisio jika sakit. Rawatan fisioterapi penting bagi mereka yang tidak mengalami sebarang sakit,” katanya.

Dengan melakukan fisioterapi bukan saja untuk merawat bahagian yang bermasalah, malah berfungsi meningkatkan prestasi fizikal badan seseorang.

“Pesakit yang tidak boleh berjalan akan diajar cara berjalan dengan betul. Dari cara berjalan, menerusi latihan fisioterapi ahli fisio akan mempertingkatkan latihan untuk menguatkan tubuh badan.”

Rawatan fisioterapi tidak semestinya memerlukan mereka mendapatkan rawatan di pusat fisioterapi saja sebaliknya boleh amalkan sendiri.

Contohnya, menggunakan barang dan peralatan yang ada di rumah seperti bola kecil, tangga, tali, kerusi dan sebagainya sebagai peralatan melakukan rawatan sendiri di rumah.

“Bagaimanapun, mereka perlu juga mendapat nasihat pakar untuk melakukan sendiri rawatan di rumah bagi mengelak kecederaan lebih teruk,” katanya.

Konsultasi PERCUMA untuk anda, hubungi kami segera !!
Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI

#kelantan #ganu #fisioterapi #sakitbelakang #belakangku #lenguh #pedih #sakit #WanAfiq