fbpx Skip to main content

Bila dah beraya,tanpa kita sedar, pengambilan makanan yang berlebihan terutama yang manis, berlemak dan tinggi kolesterol boleh membahayakan kesihatan. Sebab tu pentingnya kita ‘detox’ badan daripada segala sisa makanan raya.

Sebelum penyakit datang menyinggah, lebih baik kita mula jaga dari sekarang. Tak perlu tunggu sakit baru nak berubah.

Tidak dinafikan juadah semasa menyambut Hari Raya semuanya menyelerakan. Tapi sebenarnya semua makanan ini mengandungi lemak, kolestrol dan gula yang tinggi.

Jom Amalkan 5 Tips Ini Supaya Badan Sihat Semula

1. Jangan Terus Berlapar

jangan terus berlapar untuk detox badan semula jadiRamai yang terus potong makan bila tengok berat naik. Jangan! Badan perlukan tenaga. Fokus pada portion yang betul dan makanan sihat. Jangan ikat perut semata-mata untuk turunkan berat. Diet secara drastik boleh memudaratkan kesihatan seperti otot akan jadi mengecil dan bukannya menghilangkan lemak sekali gus. Fokus pada proses detox badan secara semula jadi.

2. Banyakkan Minum Air Untuk Bantu Detox Badan

banyakkan minum air boleh dijadikan tips detox badanKurangkan minum minuman yang manis dan lebihkan minum air putih. Air kosong dapat kurangkan rasa lapar dan membuang lebihan garam. Tambahan pula, jumlah gula yang berlebihan di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada munculnya rasa ingin makan yang membuak-buak.

3. Makan Ikut Jadual Dapat Membantu Detox Badan

makan ikut jadual boleh jadi salah satu tips detox badanJangan skip makan! Makan adalah perlu bagi seorang manusia, tapi perlu ikut waktu yang tepat untuk elak berlakunya gastrik dan sebagainya serta elakkan makan banyak pada waktu malam. Paling penting jangan skip sarapan!

4. Kurangkan Gula dan Makanan Berminyak

Dah puas makan kuih raya, rendang, dan lemang, sekarang masa untuk ‘rehatkan’ badan. Tukar kepada makanan rebus, bakar, atau kukus. Bila sudah terlalu banyak pengambilan makanan yang berminyak, tinggi kolestrol dan juga bergula , risiko untuk diserang pelbagai penyakit adalah sangat tinggi bukan sahaja menambahkan berat badan sahaja. Jadi untuk kembalikan semula kesihatan badan seperti sedia kala, perlu kurangkan pasar gula dan minyak di dalam badan.

5. Aktifkan Badan

Lemak dalam badan tidak akan hilang jika badan tidak melakukan apa-apa pergerakan. Anda tak perlu lakukan aktiviti yang terlalu lasak atau berat, cukup dengan berjalan kaki selama 30 minit dan naik turun tangga sahaja. Walaupun cuma membuat pergerakan yang ringan sahaja, jangan risau, kalori tetap akan hilang secara perlahan-lahan.

================================================================================

Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan terapi manual dan elektroterapi oleh fisioterapis berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.

Fisioterapis kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;

  • Sakit Lutut/Tumit Kaki
  • Sakit Bahu/Tangan
  • Stroke/Angin Ahmar
  • Kecederaan Sukan
  • Rawatan Kanak-Kanak