fbpx

Diri Rasa Berpusing Sebab Vertigo

Vertigo

Vertigo adalah suatu keadaan di mana pesakit merasakan dirinya berpusing ataupun rasa seperti sekelilingnya berpusing biasanya disertai dengan loya dan hilang keseimbangan.

Punca-punca Vertigo


Vertigo disebabkan masalah pada bahagian dalam telinga dan saraf yang menghantar maklumat ke otak. Antara sebabnya ialah:


1) BPPV (Benign Paroxysmal Peripheral Vertigo): Ia melibatkan 32% daripada semua vertigo periferal. Selalunya disebabkan perubahan posisi kepala secara mendadak menyebabkan bahagian dalam telinga menjadi tidak berfungsi secara normal.



2) Meniere’s Disease: Masalah pada bahagian dalam telinga yang memberi kesan kepada pendengaran dan keseimbangan.



Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI



3) Labryrhinthitis atau Vestibular neuronities: Merupakan masalah pada bahgaian telinga dalam yang berhubung kait dengan jangkitan (virus). Jangkitan ini menyebabkan keradangan pada saraf di bahagian telinga yang boleh menyebabkan hilang keseimbangan.


Punca lain adalah daripada:


– Angin ahmar


– Tumor pada bahagian cerebellum


– Migrain


– Multiple sclerosis 

Simptom-simptom Vertigo

  • Rasa seperti berpusing
  • Rasa tidak stabil ketika berjalan
  • Loya
  • Muntah
  • Penglihatan kabur
  • Keadaan menjadi lebih teruk apabila kepala digerak atau dipusingkan

Terdapat simptom yang berbahaya iaitu:

  • Vertigo bereterusan
  • Bunyi berdesing di dalam telinga atau hilang pendengaran
  • Sakit telinga yang melampau

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI