fbpx

Banyak punca yang boleh menyebabkan salur darah tersumbat salah satunya adalah pemakanan. Gaya hidup tak sihat boleh menyebabkan strok.

Strok merupakan satu keadaan di mana berlaku kekurangan bekalan darah ke bahagian otak sehingga menyebabkan tisu otak rosak dan mati.

Gambar 1 : Dulu tak pernah amal gaya hidup sihat,Sekarang menyesal

GEJALA AWAL STROKE

F = Face (Muka)

Kedua-dua belah muka tidak sekata.

Pesakit boleh merasa kebas pada sebahagian muka, atau herot sebelah.

A = Arm (Lengan)

Sebelah lengan menjadi lemah atau tidak boleh diangkat.

Tangan pesakit menjadi lemah hingga tidak boleh diangkat atau tidak berdaya memegang sesuatu objek.

S = Speech (Percakapan)

Perkataan yang tidak jelas

Pesakit mungkin tidak boleh berkata-kata, tidak memahami percakapan, mengeluarkan ayat yang tidak tersusun atau ayat yang tidak mempunyai maksud.

T = Time (Masa)

Hubungi talian kecemasan atau datang ke hospital dengan segera

Maklumat mengenai FAST telah tersebar ke seluruh dunia bertujuan untuk memastikan semua golongan masyarakat sedar tentang simptom-simptom awal strok dan bertindak dengan segera.

PUNCA STROKE

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan serangan stroke. Antaranya :

Individu yang mengalami tekanan darah melebihi bacaan 140. Ia boleh menyebabkan serangan mengejut hingga lambat mendapatkan rawatan menyebabkan berlaku lumpuh anggota badan secara kekal.

Tekanan darah tinggi dan paras kolesterol yang tinggi merupakan faktor risiko yang penting yang boleh diubah dan dikawal melalui pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Merokok pula boleh menyebabkan kerosakan pada jantung yang disebabkan oleh pembentukan plak pada salur darah.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

Obesiti atau kegemukan dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit strok. Pengenalpastian obesiti adalah dengan menilai Indeks Jisim Tubuh (BMI) iaitu berat badan (kg) ÷ ketinggian (meter)2. Pengambilan alkohol yang berlebihan turut menyumbang kepada penyakit ini.

CARA MERAWAT STROKE

Apabila berlaku serangan stroke, pesakit wajib dibantu dan dibawa ke hospital dengan segera. Semakin cepat mendapatkan rawatan stroke, semakin tinggi peluang pesakit untuk pulih dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Antaranya rawatan untuk pesakit stroke:

  1. Menerima rawatan mencairkan darah – rawatan ini dijalankan bagi mencairkan darah dan melegakan saluran darah ke otak.
  2. Pengambilan ubat yang disarankan oleh doktor – preskripsi ubat akan diberi bagi mengurangkan risiko serangan strok.
  3. Pembedahan – pembedahan boleh dijalankan untuk menghentikan pendarahan otak yang serius. Tetapi, ia bergantung kepada bahagian otak yang terlibat.
  4. Bersenam – terdapat senaman yang boleh dilakukan oleh pesakit strok dengan bantuan penjaga. Antaranya ialah senaman pasif untuk mengekalkan julat sendi, pergerakan sendi bahu, lutut dan pergelangan tangan.
  5. Rawatan fisioterapi – pesakit boleh dapatkan rawatan fisioterapi dan rehabilitasi bagi menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian dengan aktiviti harian.

NAK Konsultasi PERCUMA untuk anda, hubungi kami segera !!
Kelantan (KLIK DISINI), Terengganu (KLIK DI SINI) dan Pahang (KLIK DISINI)

#strok #stroke #sakitkepala #salurdarahdalamkepala #lumpuh #merokok #senaman #obesiti #makananberkalori #malasbersenam #ubatan