fbpx Skip to main content

Apabila meningkat usia, kebanyakan orang akan mula mengalami simptom-simptom awal penyakit sendi atau saraf seperti kebas-kebas, sakit lutut, sakit belakang dan sebagainya.

Keadaan ini bukan lah suatu perkara yang pelik kerana majoriti orang berusia akan mengalami sakit seiring dengan peningkatan umur.

Tahukah anda, terdapat beberapa tips untuk anda kekal sihat yang boleh diamalkan sekarang untuk mengurangkan masalah sakit-sakit sendi dan saraf di usia tua nanti

AMALKAN PEMAKANAN SIHAT

Amalkan Pemakanan Sihat

Langkah yang paling penting dalam usaha untuk kekalkan kesihatan ialah melalui pengamalan cara pemakanan yang berkhasiat. Makan lah mengikut panduan piramid makanan, dan suku-suku separuh.

Sebab apa?

Panduan piramid makanan sudah merangkumi semua nutrien yang diperlukan tubuh dalam kadar yang betul.

Pengambilan terlalu banyak makanan tidak sihat yang tinggi kandungan garam, gula dan lemak akan berkait dengan masalah kesihatan yang serius seperti risiko kegemukan, masalah pencernaan, penyakit jantung dan strok, diabetes, dan barah.

Dan pastikan minum air secukupnya ya, iaitu 8 gelas sehari. Air sangat penting untuk menghidratkan semula tubuh badan kita dan boleh juga makan makanan yang mengandungi air, seperti buah-buahan seperti tembikai.

Minum air secukupnya boleh menjadikan kulit lebih lembut, anjal dan sekali gus nampak awet muda tau!

KURANGKAN BERAT BADAN

kekal sihat dengan kurangkan berat badan

Masalah berat badan berlebihan adalah punca utama yang menyebabkan diri berisiko untuk menghidapi pelbagai masalah kesihatan.

Antaranya seperti tekanan darah diri, kandungan kolesterol tinggi, diabetes type 2, penyakit jantung, stroke dan sakit lutut.

Dan yang paling orang terlepas pandang, berat badan berlebihan menyebabkan terjadinya masalah sakit lutut.

Kenapa? sebab berat badan berlebihan itu menekan sendi lutut. Maksudnya sendi lutut itu tidak mampu menampung berat berlebihan dan menyebabkan ruang dan tulang rawan lutut semakin menipis. Akhirnya terjadilah masalah radang sendi lutut (knee osteoarthritis)

Jadi jika anda sememangnya mengalami masalah berat badan sekarang, langkah pertama yang harus anda lakukan adalah cuba turunkan berat badan. Kalau tidak boleh, elakkan daripada menambahkan berat badan yang sedia ada.

REHAT

kekal sihat dengan rehat yang mencukupi

Rehat yang mencukupi setiap hari sangat penting ya. Sebab apa? Proses baik pulih badan akan berlaku setiap kali kita tidur pada waktu malam.

Setelah menjalani hari yang sibuk, wajib dapatkan tidur yang cukup sebolehnya 7-8 jam sehari supaya otot badan dan minda anda yang dah banyak berfungsi dapat berehat.

Bila dapat cukup rehat, bukan sahaja akan anda rasa segar dan bertenaga malah tak mudah untuk jatuh sakit.

Sebab apa? Ini kerana tidur yang cukup boleh meningkatkan sistem imuniti tubuh badan tau. Kalau sibuk sekalipun, jangan lupa tidur yang cukup paling penting!

KEKAL SIHAT DENGAN BERSENAM

cara kekal sihat dengan bersenam

Bersenam sangat penting untuk kesihatan kita. Tidak perlu secara drastik, mulai dengan senaman ringan dan terus konsisten.

Seperti yang kita tahu kebaikan bersenam dapat membantu melancarkan peredaran darah, melegakan tekanan dan mengawal kadar gula dalam darah.

Tambahan lagi, senaman yang konsisten dan betul memperbaiki kesimbangan badan, kesan awet muda dan ketumpatan tulang lebih padu.

Cara nak konsisten bersenam, carilah masa sekurang-kurangnya 3 hari seminggu untuk bersenam selama 30 minit atau satu jam. Detoks tubuh anda secara semulajadi dengan merembes peluh.

Kalau tidak sempat bersenam, cuba buat perkara yang menjadikan kita berpeluh dan aktif seperti berkebun, kemas rumah dan sebagainya.

Nampak kecil tapi  mampu mengubah tahap kesihatan anda jika buat setiap hari ya!

RAWATAN FISIOTERAPI

Rawatan Fisioterapi

Apabila anda mula sakit sakit badan,cuba ikhtiar untuk cari solusi atau penyembuh, kerana kita tidak mahu sakit tersebut berlarutan dan mengganggu kerja harian kita.

Rawatan terbaik ialah dengan rawatan fisioterapi. Ahli fisioterapi akan merawat punca masalah sakit melalui kaedah manual terapi, elektroterapi dan juga senaman.

Jadi jika sakit anda sudah berkurang, maka anda boleh kembali aktif dan cergas.

Justeru itu, walaupun anda masih lagi muda tetapi sudah mengalami sakit-sakit badan, boleh terus berjumpa pakar fisioterapi dan membuat rawatan fisioterapi.

Ini kerana ianya dapat membantu mengurangkan kesakitan yang dialami dan mengelakkan sakit tersebut berlarutan sehingga ke usia tua.

 

Sebagai konklusinya, anda haruslah menjaga kesihatan anda sejak muda lagi. Kesihatan adalah asset yang berharga dan tidak dapat dibeli.

Jom sihat Bersama Flex Physiotherapy!

Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply