Fisioterapi sebenarnya antara salah satu profesion yang memainkan peranan penting untuk mempercepatkan pemulihan pesakit yang mengalami selain daripada doktor pakar telinga.
Fisioterapis juga akan melakukan penilaian untuk menentukan masalah sebenar yang dihadapi serta menentukan kesesuaian rawatan yang akan diberi.
Betul Ke Fisioterapi Boleh Membantu Merawat Pesakit Vertigo?
Tujuan rawatan fisioterapi adalah untuk:
- Mengurangkan pening yang disebabkan pergerakan kepala
- Meningkatkan kestabilan pandangan
- Mampu meningkatkan keseimbangan badan
- Meningkatkan kecergasan
- Mengurangkan risiko jatuh
- Menunjukkan teknik posisi untuk BPPV
- Meningkatkan tahap aktiviti umum.
Rawatan Fisioterapi
Rehabilitasi Vestibular: Organ vestibular akan menghantar isyarat yang mengesan pergerakan badan ke otak melalui saraf-saraf. Kemudiannya, otak pula akan menghantar isyarat tindak balas pergerakkan tersebut kepada otot badan dan mata. Apabila sistem vestibular terganggu, nistagmus yang abnormal dan vertigo boleh berlaku. Nistagmus merupakan pergerakan ayunan mata yang pantas di luar kawalan.
Sesuai untuk pesakit yang mengalami masalah vertigo yang berulang. Rawatan ini mampu melatih deria lain untuk menyesuaikan badan dengan maslah yang dihadapi.
Teknik posisi canalith: Tujuannya adalah untuk mengurangkan pening. Terdapat garis panduan pergerakan kepala dan badan untuk menggerakkan semula ketulan kalsium ke posisi yang asal.
Antara rawatan fisioterapi yang lain ialah:
- Habituation
- Penyesuaian
SENAMAN Keseimbangan Badan
- Keseimbangan.
- Gaya dan cara berjalan.
- Kekuatan otot.
- Fleksibiliti
- Pencegahan dari jatuh
- Pendidikan pesakit
Rawatan fisioterapi adalah bergantung kepada masalah yang berlaku pada pesakit vertigo.
Contoh senaman (Brand Daroft Maneuver)
- Mulakan dengan duduk di tepi katil seperti gambar yang ditunjukkan di posisi 1
- Baring di posisi mengiring secara perlahan lahan , kemudian letakkan posisi kepala disudut 45 darjah , atau dalam kata lain kita baring tapi mengadap muka orang yang datang melihat kita.Ianya ditunjukkan di posisi 2
- Kekalkan kedudukan ini dalam posisi 30 saat , atau untuk mudah anda tunggu sehingga pening itu hilang atau semakin kurang.
- Kemudian secara perlahan lahan bangun dan duduk kembali seperti posisi asal dalam 30 saat perhatikan simptom pening itu. (posisi 3)
- Selepas itu anda kembali posisi mengiring ke arah yang bertentangan dan diulangi seperti langkah no 2 tadi dan kekalkan kedudukan selama 30 saat dan tunggu sehingga hilang rasa spning itu.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.