fbpx

Betul Ke Fisioterapi Boleh Membantu Merawat Pesakit Vertigo?

Fisioterapi sebenarnya antara salah satu profesion yang memainkan peranan penting untuk mempercepatkan pemulihan pesakit yang mengalami vertigo selain daripada doktor pakar telinga.

Fisioterapi juga akan melakukan penilaian untuk menentukan masalah sebenar yang dihadapi serta menentukan kesesuaian rawatan yang akan diberi.

Tujuan rawatan fisioterapi adalah untuk:

  • Mengurangkan pening yang disebabkan pergerakan kepala
  • Meningkatkan kestabilan pandangan
  • Meningkatkan keseimbangan badan
  • Meningkatkan kecergasan
  • Mengurangkan risiko jatuh
  • Menunjukkan teknik posisi untuk BPPV
  • Meningkatkan tahap aktiviti umum.


Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

Rawatan Fisioterapi

TEKNIK Rawatan Vestibular



Rehabilitasi Vestibular: Organ vestibular akan menghantar isyarat yang mengesan pergerakan badan  ke otak melalui saraf-saraf.  Kemudiannya, otak pula  akan menghantar isyarat tindak balas pergerakkan tersebut kepada otot badan dan mata. Apabila sistem vestibular terganggu, nistagmus yang abnormal dan vertigo boleh berlaku. Nistagmus merupakan pergerakan ayunan mata yang pantas di luar kawalan.

NISTAGMUS

Sesuai untuk pesakit yang mengalami masalah vertigo yang berulang. Rawatan ini mampu melatih deria lain untuk menyesuaikan badan dengan maslah yang dihadapi.



Teknik posisi canalith: Tujuannya adalah untuk mengurangkan pening. Terdapat garis panduan pergerakan kepala dan badan untuk menggerakkan semula ketulan kalsium ke posisi yang asal.

Antara rawatan fisioterapi yang lain ialah:

  • Habituation
  • Penyesuaian
SENAMAN Keseimbangan Badan

  • Keseimbangan.
  • Gaya dan cara berjalan.
  • Kekuatan otot.
  • Fleksibiliti
  • Pencegahan dari jatuh
  • Pendidikan pesakit

Rawatan fisioterapi adalah bergantung kepada masalah yang berlaku pada pesakit vertigo.

Contoh senaman (Brand Daroft Maneuver) 

BRAND Daroft Maneuver

  1. Mulakan dengan duduk di tepi katil seperti gambar yang ditunjukkan di posisi 1
  2. Baring di posisi mengiring secara perlahan lahan , kemudian letakkan posisi kepala disudut 45 darjah , atau dalam kata lain kita baring tapi mengadap muka orang yang datang melihat kita.Ianya ditunjukkan di posisi 2
  3. Kekalkan kedudukan ini dalam posisi 30 saat , atau untuk mudah anda tunggu sehingga pening itu hilang atau semakin kurang.
  4. Kemudian secara perlahan lahan bangun dan duduk kembali seperti posisi asal dalam 30 saat perhatikan simptom pening itu. (posisi 3)
  5. Selepas itu anda kembali posisi mengiring ke arah yang bertentangan dan diulangi seperti langkah  no 2 tadi dan kekalkan kedudukan selama 30 saat dan tunggu sehingga hilang rasa spning itu.

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI