TAHUKAN ANDA, Patch panas atau Minyak Panas tidak menyelesaikan masalah sakit lutut anda. Malah makin terukkan keadaan???
Ya… Sakit hilang disebakan rasa panas hasil dari kimia patch n minyak panas sahaja…
Tetapi sakit lutut akibat dari radangan akan makin teruk jika tidak dirawat terus pada PUNCA SAKIT
Jenis malasah sakit
Arthritis ataupun radang pada lutut secara amnya terbahagi kepada 3 iaitu:
1. Ostheoarthritis (OA) – suatu keadaan yang menyebabkan tulang rawan haus sedikit demi sedikit. Biasanya mula terjadi pada individu yang telah mula berusia.
2. Rheumathoid Arthritis (RA) – keradangan pada sendi yang boleh terjadi tidak kira usia.
3. Arthritis selepas trauma (Post-traumatic Arthritis) – kebiasaanya berlaku selepas terdapat kecederaan pada lutut yang melibatkan tulang rawan, ligamen atau keretakan tulang. Boleh terjadi walaupun kecederaan tersebut telah berlaku bertahun-tahun sebelumnya.
Minyak, gel dan krim panas merupakan rawatan yang bersifat sementara untuk melegakan kesakitan atau lenguh yang dirasai pada lutut.
Sekiranya individu yang mengalami osteoartritis, jangan disapu dengan minyak panas kerana tindakan tersebut akan menyebabkan lutut menjadi bertambah bengkak. Ini kerana dalam lutut sedang mengalami keradangan, panas dan merah, Maka, apabila diletakkan ubat sapuan yang panas, ia telah membantutkan proses pemulihan di dalam lutut.
Jadi, akibat dibiarkan lama tanpa rawatan yang betul, masalah akan menjadi semakin teruk.
Fungsi rawatan fisioterapi
Sebenarnya, salah satu cara untuk mengurangkan kesakitan bagi mereka yang mengalami sakit lutut, adalah dengan melakukan rawatan fisioterapi.
Menurut Pakar Fisioterapi di salah sebuah hospital kerajaan memberitahu bahawa, rawatan fisioterapi bukan sahaja boleh mengurangkan kesakitan tetapi mampu memulihkan sehingga 90 peratus kesakitan lutut (bergantung kepada tahap kecederaan).
Terapi fizikal atau fisioterapi merupakan latihan pergerakan yang khusus untuk membantu meningkatkan keupayaan dan fleksibiliti pergerakan lutut.
Fisioterapi akan memeberikan rawatan mengikut keadaan pesakit. Tujuan utamanya adalah untuk memudahkan pergerakan lutut serta senaman untuk menguatkan otot pada bahagian paha dan betis. Hal ini kerana, selain daripada tulang rawan, otot juga bertindak menyokong lutut dalam menyerap bebanan pada bahagian kaki. Otot yang kuat pada paha dan betis akan membantu mengurangkan bebanan yang perlu ditanggung oleh tulang rawan yang telah cedera atau haus. Dan dengan rawatan fisioterapi inilah, sakit di bahagian lutut akan hilang disebabkan rawatan terus pada punca sakit.- FP
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.