Puan E mengalami keadaan bahu kaku atau frozen shoulder. Menurutnya, semuanya berlaku secara tiba-tiba. Beliau tidak ingat tarikh sebenar tetapi segalanya bermula sejak enam bulan lalu.
Pada mulanya, beliau tidak mengendahkan kesakitan itu kerana menyangka hanya sengal badan yang biasa dialami mereka yang sudah berusia. Beliau cuma rasa sengal dan pedih sekitar bahu dan lengan kiri.
SUSAH NAK PAKAI BAJU?
Bagi mengurangkan rasa sakit, katanya beliau hanya menggunakan khidmat tukang urut selain mengambil ubat penahan sakit.
“Rasa sakit pada bahagian bahu berkurangan selepas diurut dan tidak lama selepas itu kembali sakit.
“Sakitnya tidak boleh digambarkan. Lama-kelamaan, dari paras lengan ke bahu akan merasa sakit apabila saya hendak mengambil sesuatu di tempat tinggi dan pergerakan tangan kiri saya mula terhad.
TANGAN TAK BOLEH ANGKAT?
“Contohnya, hendak ambil baju dalam almari pun tidak boleh. Keadaan lebih teruk apabila saya sukar untuk menyikat rambut sendiri dan ini bermakna saya tidak boleh mengusap kepala sendiri. Banyak kerja yang saya tidak boleh lakukan kerana pergerakan tangan yang terhad.”
Kemudian, suami dan anak-anak saya menggesa untuk saya dapatkan rawatan fisioterapi. Hari tu, semasa pergi Pasar Wakaf Che Yeh, saya ternampak signboard Flex Physiotherapy. Saya terus cari di internet no telefon Flex Physiotherapy dan buat tempahan slot rawatan.”
Siapa pernah mengalaminya? Angkat tangan..
Beliau menasihatkan individu yang sering mengalami sakit bahu supaya segera berjumpa doktor.
“Cari rawatan yang betul dan jangan hanya bergantung kepada tukang urut,” katanya.- FP
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.