fbpx

Gambar 1 : Gejala awal stroke

Strok mempunyai pelbagai simptom seperti anggota badan menjadi lumpuh ataupun lemah, mata menjadi kabur sehinggalah pengsan.

Akan tetapi kebanyakkan daripada pesakit akan mengadu lumpuh anggota badan(hemiparalysis) ataupun lemah anggota badan(hemiparesis).

Strok boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:

  • Haemorrhagic stroke(Strok berdarah). Disebabkan salur darah yang pecah dibahagian otak
  • Ischemic stroke(Strok iskemik). Disebabkan salur darah tersumbat

GEJALA AWAL STROKE

F = Face (Muka)

Kedua-dua belah muka tidak sekata.

Pesakit boleh merasa kebas pada sebahagian muka, atau herot sebelah.

Gambar 2 : Face

A = Arm (Lengan)

Sebelah lengan menjadi lemah atau tidak boleh diangkat.

Tangan pesakit menjadi lemah hingga tidak boleh diangkat atau tidak berdaya memegang sesuatu objek.

Gambar 3 : Arm

S = Speech (Percakapan)

Perkataan yang tidak jelas

Pesakit mungkin tidak boleh berkata-kata, tidak memahami percakapan, mengeluarkan ayat yang tidak tersusun atau ayat yang tidak mempunyai maksud.

Gambar 4 : Speech

T = Time (Masa)

Hubungi talian kecemasan atau datang ke hospital dengan segera

Maklumat mengenai FAST telah tersebar ke seluruh dunia bertujuan untuk memastikan semua golongan masyarakat sedar tentang simptom-simptom awal strok dan bertindak dengan segera.

Gambar 5 : Time

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

SIMPTOM YANG TERLIBAT

Secara umumnya, berikut merupakan tanda dan gejala stroke yang boleh dihadapi oleh seseorang yang diserang masalah ini iaitu:

SIMPTOM TERTUMPU (FOCUS SYMPTOM)

Motor (pergerakan)

·         Lemah atau cemerkap pada sebelah bahagian badan, atau badan tidak seimbang apabila berdiri

Percakapan dan bahasa

·         Dysphasia – tidak mampu berkata-kata atau masalah di dalam memahami percakapan orang lain

·         Dyslexia – sukar mengenali perkataan, huruf atau simbol

·         Dysgraphia – tidak boleh menulis dengan betul

·         Dyscalculia – tidak boleh mengira

·         Dystextia– tidak boleh menulis mesej melalui peranti elektronik dengan betul

·         Dysarthria – percakapan tidak jelas

Deria

·         Hilang deria rasa pada sebelah bahagian badan

Penglihatan

·         TMB (Transient Monocular Blindness) – pandangan kabur atau gelap tiba-tiba buat seketika pada sebelah mata sahaja

·         Hemianopia – hilang separuh bahagian penglihatan pada biji mata yang sama

·         Bilateral blindness – buta kedua-dua belah mata

·         Diplopia – pandangan berbalau

Vestibular

·         Vertigo – dunia terasa berpusing, sukar untuk berdiri tegak

Behavourial/Cognitif

·         Visuospatial dysfunction – merasa keliru, tidak dapat menafsirkan keadaan sekeliling

SIMPTOM AM (non-focal)

·         Lemah seluruh badan atau gangguan deria

·         Pitam

·         Tidak dapat mengawal pembuangan air kecil dan air besar

·         Kekeliruan

·         Telinga berdengung

·         Pengsan/Pitam

Nak kami beri konsultasi PERCUMA mengenai masalah anda ?

Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI

#strok #stroke #lumpuh #mulut #muka #kaki #tangan #matakabur #mulutsenget #lemah