fbpx Skip to main content

 

Gout adalah sejenis penyakit disebabkan oleh berlebihan asid urik di dalam badan dan menyebabkan keradangan, kebengkakan dan kesakitan yang datang secara tiba-tiba pada sendi, terutamanya sendi-sendi yang besar, langsung membataskan pergerakan pesakit itu. Biasanya, serangan Gout hanya akan membabitkan satu sendi pada satu ketika.

Simptom Gout

Keradangan dan kemerahan

gejala goutGambar 2 : Keradangan dan Kemerahan.

Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki yang menyebabkan menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.

Gerakan terhad.

gout tidak dapat bergerak dengan normalGambar 3 : Gerakan yang terhad.

Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. Anda mungkin tidak boleh bergerak sendi anda secara normal.

Ketidakselesaan.

serangan goutGambar 4 : Ketidakselesaan.

Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.

Kesakitan sendi yang teruk.

Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.

Punca terjadinya masalah gout

  • Gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Rawatan Gout

1. Rawatan serangan akut (Secara tiba-tiba)

Rehatkan sendi semasa serangan gout. Menggunakan ubat-ubatan anti-radang. Ia berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan seperti sakit perut jarang berlaku. Peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.

2. Rawatan Jangka Panjang

Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.

  • Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.
  • Mengelakkan minuman keras.
  • Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi.
  • Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.

Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply