fbpx

Gambar 1 : GOUT

Gout adalah sejenis penyakit disebabkan oleh berlebihan asid urik di dalam badan dan menyebabkan keradangan, kebengkakan dan kesakitan yang datang secara tiba-tiba pada sendi, terutamanya sendi-sendi yang besar, langsung membataskan pergerakan pesakit itu. Biasanya, serangan Gout hanya akan membabitkan satu sendi pada satu ketika.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

Simptom Gout

  • Keradangan dan kemerahan
Gambar 2 : Keradangan dan Kemerahan.

Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki yang menyebabkan menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.

  • Gerakan terhad.
Gambar 3 : Gerakan yang terhad.

Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. Anda mungkin tidak boleh bergerak sendi anda secara normal.

  • Ketidakselesaan.
Gambar 4 : Ketidakselesaan.

Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.

  • Kesakitan sendi yang teruk.
Gambar 5 : Sakit sendi yang teruk.

Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.

Punca

  • Gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Rawatan Gout

  1. Rawatan serangan akut (Secara tiba-tiba)
  • Rehatkan sendi semasa serangan gout.
  • Menggunakan ubat-ubatan anti-radang. Ia berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan seperti sakit perut jarang berlaku.
  • Peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.

2. Rawatan Jangka Panjang

Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.

  • Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.
  • Mengelakkan minuman keras.
  • Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi.
  • Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.

NAK Konsultasi PERCUMA untuk anda, hubungi kami segera !!
Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI

#punca #gout #gerakanterhad #faktor #radangsendi #sendi #kesihatan #senaman #fisioterapi #fisioterapiKelantan #fisioterapiTerengganu