Sakit Siku Yang Tak Hilang-Hilang?Rupanya Terkena Masalah Tennis Elbow
APA ITU TENNIS ELBOW?
Tennis elbow’ atau ‘lateral epicondylitis’ ialah keadaan apabila ada keradangan tendon pada otot lengan yang berada di bahagian luar siku. Sakit siku ini terjadi apabila ada pergerakan membengkok di pergelangan tangan secara berulang. Contohnya ketika mengangkat objek yang berat, melakukan aktiviti harian yang memenatkan seperti mengetuk, menggunakan pemutar skru manual, mengecat dan bersukan (contohnya, bermain tennis, badminton dan lain-lain)
SIAPA YANG SERING MENGALAMI MASALAH SAKIT DI KAWASAN ELBOW INI?
1)Orang yang berumur dalam kalangan 30 hingga 60 tahun
2)Kekerapan berlakunya masalah ini, sama rata di kalangan lelaki dan perempuan bergantung kepada aktiviti yang dilakukan
SIMPTOM MASALAH TENNIS ELBOW
1)Sakit
Sakit yang semakin kuat apabila melakukan pergerakan dan hilang sewaktu rehat.
2)Referred pain
Lenguh dan sakit yang mencucuk di bahagian luar lengan.
3)Pergerakan
Pergerakan melawan arah ke luar amat menyakitkan dan kekuatan otot menjadi semakin lemah apabila kurang menggunakan tangan yang sakit.
4)Tenderness
Sakit apabila ditekan di bahagian luar sendi siku.
CONTOH RAWATAN FISIOTERAPI UNTUK MASALAH TENNIS ELBOW
1)Cryotherapy, letakkan ice pack atau buat ice massage di kawasan yang sakit.
2)Strapping di bahagian siku untuk menghalang pergerakan tendon yang terlibat.
3)Ultrasound therapy di bahagian yang sakit.
4)Senaman pergerakan secara aktif.
5)Senaman regangan dan senaman menguatkan otot lengan. Senaman-senaman ini amat penting supaya bila otot bahu sudah kuat, sakit tidak akan berulang lagi.
6)Pendidikan pesakit seperti menjelaskan tentang masalah tennis elbow dan langkah penjagaan yang perlu diambil sewaktu melakukan pergerakan lengan serta kaedah melakukan modifikasi aktiviti harian supaya boleh melakukan kerja seperti biasa
Rawatan Fisioterapi memainkan peranan yang penting dalam proses merawat masalah ini. Tanpa rawatan pemulihan yang baik, kesan-kesannya boleh menjadi semakin teruk dari semasa ke semasa. Akhirnya, mengganggu kualiti kehidupan anda.
Mahukan pemulihan untuk masalah sakit siku yang pantas dan berkesan?
Dapatkan konsultasi PERCUMA masalah sakit siku daripada Certified Physiotherapist kami.
Klik link sekarang, 100% berkesan utk masalah sakit siku >>>>> Hubungi Kami Sekarang