Tulang Pelvis merupakan tulang yang penting, bertanggungjawab untuk melindungi & menampung berat badan ke atas kedua-dua kaki.
Struktur tulang pelvis berbentuk seperti besin. Ia terbentuk daripada 4 tulang utama iaitu sacrum, coccyx dan 2 tulang inominate (ilium, ischium & pubis). Di antara tulang pelvis itu ada sendi symphysis pubis.
Jenis sendi tulang pelvis
Tulang ini bercantum antara satu sama lain melalu sendi & disokong dengan kuat oleh ligament. Ada 3 jenis sendi yang terdapat pada tulang pelvis iaitu sendi sacroiliac, sendi symphysis pubis dan sendi sacrococcygeal.
Sendi sacroiliac merupakan sendi yang paling kuat dalam tubuh manusia. Ia mencantumkan sacrum dengan ilium & menyambungkan spina pada pelvis.
FUNGSI-FUNGSI PELVIS
Fungsi utama pelvis ialah untuk memberi pergerakan badan, contohnya semasa berjalan, berlari, duduk & mencangkung.
Pelvis wanita ialah untuk proses kelahiran, jadi ia lebih lebar dan bulat.
Ia memberi perlindungan kepada organ-organ pelvis & juga kandungan dalam abdomen.
Pelvis juga menjadi penyambung di antara abdomen & bahagian badan bawah.
JENIS-JENIS PELVIS
Tulang pelvis wanita berbeza daripada pelvis lelaki. Majoriti wanita mempunyai pelvis gynaecoid yang membantu proses kelahiran, manakala lelaki pula memiliki pelvis jenis android.
Walaubagaimana pun jenis-jenis pelvis wanita dikategorikan 4 jenis bentuk & saiz. Perbezaan ini disebabkan oleh faktor morfologi seperti perkembangan tubuh, bangsa, keturunan dll.
Gynaecoid pelvis – 50% majoriti wanita mempunyai bentuk pelvis ini. Sering didapati di kalangan wanita yang sederhana saiz dan tinggginya. Proses kelahiran biasanya normal & spontan.
Android pelvis – 25% daripada kalangan wanita. Ia menyerupai bentuk pelvis lelaki. biasanya terdapat pada wanita bertubuh tinggi & pinggul sempit (contohnya wanita Afrika). Proses kelahiran biasanya lambat & mungkin dibantu alatan vacuum & forcep
Anthropoid pelvis – 20% wanita mempunyai pelvis jenis ini. Mereka biasanya tinggi & berbahu kecil
Platypelloid pelvis – Yang paling sedikit iaitu 5% wanita. Pelvis jenis ini mempunyai brim berbentuk seperti buah pinggang. Proses kelahiran mungkin secara pembedahan
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.
Gud info…
Thank you 🙂