fbpx Skip to main content
Jom kenali apa itu skoliosis

Perkataan skoliosis adalah sebenarnya daripada bahasa Yunani purba yang bermaksud membengkok.

Dari segi perubatan, skoliosis lebih dikenali kepada satu keaadaan di mana tulang belakang membengkok ke kiri atau ke kanan.

Tulang belakang individu yang menghadapinya bukan sahaja akan bengkok ke tepi malah ia akan berputar daripada paksi vertikalnya.

Scoliosis adalah masalah fizikal di mana bentuk tulang belakang melengkung daripada bentuk normal.

Kebiasaannya ia terjadi semasa tempoh kanak-kanak atau remaja sedang meningkat tumbesaran

Kebanyakan kes scoliosis adalah ringan, tetapi ada juga keadaan di mana ia bertambah teruk apabila meningkat usia.

skoliosis

Scoliosis pada tahap yang teruk boleh menyebabkan ketidakupayaan fizikal/anatomi.

Lengkungan tulang belakang yang sangat teruk boleh menyempitkan ruang dada dan mengganggu fungsi paru-paru.

Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply