Sindrom Down atau dikenali sebagai Trisomy 21, ialah kondisi di mana seorang kanak-kanak dilahirkan dengan wujudnya tambahan kromosom ke-21. Ini boleh menyebabkan perkembangan fizikal dan mental menjadi terbantut dan bermasalah.
Walau bagaimanapun, golongan yang mengalami Sindrom Down boleh menjalani kehidupan normal dan sihat seperti biasa.
Kemajuan teknologi perubatan, serta sokongan budaya dan institusi kepada mereka yang mengalami Sindrom Down, telah memberikan banyak peluang untuk membantu mengatasi cabaran ini.
CIRI-CIRI SINDROM DOWN
- Bukaan mata bujur dengan lipatan kulit epikanthik pada sudut dalam mata
- Hipotonia otot (poor muscle tone)
- Batang hidung leper
- Satu garis di tapak tangan ( juga dikenali sebagai Garis Simian)
- Lidah terjulur
- Leher pendek
- Tompok putih pada iris dikenali sebagai tompok brushfield
- Lentur melampau pada sendi
- Kecacatan jantung kongenital
JENIS-JENIS SINDROM DOWN
- Trisomi 21
Trisomy 21 bermakna ada tambahan kromosom 21 di setiap sel. Ini adalah Sindrom Down yang paling biasa. - Mosaicism
Mosaicism berlaku apabila anak dilahirkan dengan kromosom tambahan dalam beberapa sel mereka sahaja. Orang-orang dengan Sindrom Down jenis ini cenderung mempunyai gejala yang lebih sedikit daripada mereka yang mempunyai Trisomi 21. - Translocation
Terdapat 46 kromosom total. Walau bagaimanapun, salah satu daripadanya mempunyai sekeping kromosom 21 tambahan.
RAWATAN TERAPI BAGI SINDROM DOWN
- Kemahiran deria
- social
- Kemahiran diri
- Kemahiran motor
- Bahasa dan kebolehan kognitif
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.