Ibubapa tahu tak kenapa anak ada kahak yang banyak semasa selsema atau batuk? Pada mulanya, ia hanya lendir yang semua orang ada pada rongga hidung, tekak dan juga seluruh saluran pernafasan.
Lendir ini berfungsi sebagai lapisan cecair yang akan menyekat dan mematikan kuman yang masuk pada saluran pernafasan. Jadi kalau hingus atau kahak anak anda berubah dari warna putih kepada kuning atau hijau, bermaksud ia sudah dijangkiti kuman pada saluran pernafasan.
Bayi akan cepat terasa sesak nafas kerana saiz dan laluan lubang hidung yang masih sempit dan juga sistem imun yang masih belum kuat. Jadi lebihan lendir ini akan menjadi banyak, dan terkumpul pada kawasan hidung dan tekak.
Semestinya anak anda akan merengek tidak selesa dan ibubapa juga pasti menjadi susah hati. Jadi apa yang perlu ibu bapa buat? Langkah yang paling efektif adalah melalui rawatan sedut kahak atau suction.
Ada 5 sebab kenapa rawatan sedut kahak diperlukan untuk bayi!
1. Tidak Pandai Membuang Kahak
Bayi di bawah umur dua tahun sememangnya tidak mahir untuk membuang kahak dengan sendiri. Kahak yang terkumpul itu menyebabkan mereka sukar untuk bernafas. Jadi, mereka memerlukan bantuan untuk mengeluarkan lendir yang berlebihan.
2. Untuk Membantu Bernafas Dengan Lebih Baik
Apabila kahak menjadi banyak, saluran pernafasan terutamanya paru-paru menjadi sempit, jadi menyukarkan bayi untuk bernafas. Sebab itu suction diperlukan untuk rongga pernafasan kembali normal dan bayi boleh bernafas seperti biasa.
3. Mengurangkan Ketidakselesaan Ketika Selsema atau Batuk
Apabila bayi atau kanak-kanak kecil batuk atau selsema, mereka akan selalu merengek, kan? Disebabkan rasa tidak selesa akibat lendir yang banyak. Jadi rawatan suction ini sangat membantu mereka berasa lega dengan cepat.
4. Membantu Bayi Tidur Dengan Lebih Lena
Apabila bayi sudah selesa, pastinya mereka akan tidur dengan lebih lena.
5. Mengurangkan Jangkitan Kepada Ahli Keluarga
Apabila bayi atau kanak-kanak selsema atau batuk, ini akan meningkatkan jangkitan kepada ahli keluarga yang lain. Jadi apabila anak-anak yang tidak sihat ini dibawa untuk rawatan suction, ia akan mengurangkan risiko jangkitan.
Jadi, jika ada anak-anak yang berkahak akibat selsema atau batuk ini, anda sudah tahu kan apa tindakan seterusnya? Ya, boleh cari rawatan suction di klinik atau pusat fisioterapi berhampiran.
Jika anda tinggal di sekitar Kuantan yang bertempat di negeri Pahang, boleh sahaja pergi ke Flex Physiotherapy yang bertempat di Jalan Bukit Ubi. Fisioterapis yang bertauliah akan melakukan sesi konsultasi terlebih dahulu bersama ibubapa. Sebelum proses suction, fisioterapis akan melakukan teknik tepukan seperti Cupping atau Percussion pada dada bayi untuk melonggarkan kahak mereka, dan baru lah diteruskan untuk prosedur sedut kahak. Ibubapa jangan risau ya, fisioterapis kami terlatih dan prosedur yang dijalankan adalah sama seperti di hospital pakar.