fbpx Skip to main content

Kanak-kanak istimewa adalah mereka yang tergolong dalam kumpulan orang kelainan upaya (OKU), termasuk lah individu yang mempunyai kecacatan fizikal, mental, penglihatan, pendengaran, Cerebral Palsy, Autism, Syndrome Down, ADHD dan juga masalah pembelajaran.

Menurut statistik pada tahun 2010, hanya 445, 006 kanak kanak kelainan upaya berdaftar di Malaysia, kira kira 1.6% daripada 28.3 juta jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Palsi Sereberum (Cerebral Palsy) adalah salah satu kondisi yang termasuk dalam kategori kelainan upaya. Menurut Accardo (2008) dalam kajiannya mengatakan penyakit Palsi Sereberum ini merupakan penyakit ketidakupayaan yang baling banyak dihadapi oleh kanak kanak.

Cerebral Palsy merupakan satu keadaan penyakit di mana kerosakan otak telah berlaku dan akan menyebabkan kebolehan mengawal koordinasi dan pergerakan otot-otot dalam badan seseorang terjejas. Kerosakan otak berlaku semasa kanak kanak itu masih berada dalam kandungan ibu, semasa dia dilahirkan atau dalam beberapa tahun pertama selepas dia dilahirkan. Kemalangan, penderaan, kecuaian, jangkitan, dan kecederaan serta beberapa faktor risiko yang lain boleh menyebabkan berlakunya Palsi Serebral.

Selain itu, ia berlaku pada 1-2 dari setiap 2000 bayi yang dilahirkan dan 10 kali lebih kerap pada bayi yang dilahirkan pra-matang dan juga bayi yang kurang berat badan. Kerosakan yang berlaku pada otak akan berkekalan selama-lamanya, tetapi ianya tidak akan bertambah teruk. Ini bermaksud kanak kanak palsi serebrum akan mengalami ketidakupayaan tersebut sepanjang hidup mereka.

Kira kira 87% kanak -kanak palsi serebral dapat hidup hingga dewasa, dengan kadar purata hidup 30 tahun. Tahap ketidakupayaan seseorang yang mengalami Palsi Sereberum itu berbeza dengan individu lain, ini kerana tahap ketidakupayaan itu boleh dikategorikan dari sangat minima hingga sangat teruk. Biasanya individu yang mengalami Palsi Serebral tahap minima ini berupaya menjalani kehidupan harian seperti biasa tanpa sebarang bantuan. Sebaliknya seseorang yang dikategorikan pada tahap sangat teruk pula memerlukan penjagaan sepanjang hari contohnya untuk makan, minum dan bergerak.

Jenis Cerebral Palsy

Terdapat tiga jenis Palsi Sereberum iaitu spastik (spastic), athetosis (athetoid) dan ataxia (ataxic).
1. Spastik – mengalami ketegangan otot yang teruk.

2. Athetosis – mengalami pergerakan yang berulang-ulang, tidak terkawal terutamanya di
tangan dan kaki.

3. Ataxia – menghadapi masalah koordinasi dan keseimbangan badan.

Bayi yang mengalami Palsi Sereberum biasanya tidak dapat dikenalpasti semasa dia dilahirkan. Seseorang itu akan mula menunjukkan tanda-tanda palsi sereberum dalam masa 18 bulan pertama dia dilahirkan sehingga dia berumur 3 tahun. Seseorang bayi yang mengalami palsi serebrum tahap teruk biasanya dapat didiagnosiskan apabila dia berumur lebih kurang 3 bulan.

Menurut ahli Fisioterapi di Flex Physiotherapy Centre Wakaf Che Yeh, Encik Wan Zahid yang mempunyai pengalaman dalam bidang kanak-kanak, tanda-tanda awal Palsi Sereberum yang dapat dikenal pasti ialah:-

1. Anggota badan yang lembik (ketegangan otot yang terlalu rendah) atau terlalu keras
(ketegangan otot yang terlalu tinggi).

2. Tidak mencapai tahap-tahap perkembangan mengikut masa yang diramalkan seperti lambat
belajar berguling, mengangkatkan kepala, duduk, merangkak, berdiri, berjalan, mengenggam
sesuatu, senyum dan sebagainya.

3. Mengalami masalah-masalah lain seperti epilepsi, masalah pernafasan, masalah penglihatan,
masalah pendengaran dan masalah pertuturan.

4. Mengalami kesukaran untuk menghisap dan menelan minuman.

5. Menangis dengan suara yang agak lemah atau terlalu kuat.

Tanda lain masalah ini

Kata beliau lagi,tanda-tanda awal yang ditunjukkan oleh bayi dan kanak-kanak palsi serebrum adalah berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak yang mengalami perkembangan lewat atau menunjukkan tanda-tanda awal palsi serebrum haruslah membawa anak mereka itu berjumpa dengan doktor seawal yang mungkin untuk mendapatkan pemeriksaan. Hal ini penting untuk membolehkan anak itu mendapatkan terapi seawal yang mungkin sekiranya dia mengalami palsi serebrum atau ketidakupayaan lain.

Sungguhpun penyakit palsi serebrum tidak dapat diubati, namun keadaan fizikal mereka boleh bertambah baik dengan menjalani terapi seperti fisioterapi, terapi cara kerja, terapi pertuturan, dan juga pengambilan ubat untuk mengurangkan ketegangan otot dan mengawal epilepsi. Fisioterapi memainkan peranan penting dalam pengendalian kes-kes Palsi Sereberum. Setelah masalah dikenal pasti, ahli fisioterapi akan menilai kanak-kanak itu dan merekodkan perkembangan mereka. Kami di Flex Physiotherapy centre akan merangka pelan rawatan yang bersesuaian dengan keadaan mereka contohnya ahli fisioterapi akan mengajar kanak-kanak bagaimana untuk mengawal pergerakan kepala mereka, bagaimana untuk duduk, bergolek, merangkak dan berjalan, cuba untuk menghalang refleks dan corak pergerakan yang tidak normal dan juga pendidikan kepada ibu bapa.

Fokus senaman kami di Flex Physiotherapy untuk kanak-kanak Palsi Sereberum adalah antaranya

  1. Meningkatkan kekuatan otot.
  2. Kurangkan ketegangan dan kekejangan otot melalui aktiviti regangan.
  3. Menggalakkan perkembangan fizikal melalui permainan dan aktiviti harian.
  4. Meningkatkan mobiliti dengan penggunaan alat bantuan.

Walaupun ia adalah satu kecacatan sepanjang hayat, rawatan fisioterapi dan juga rawatan terapi lain boleh dilakukan untuk mengurangkan kesan palsi sereberum. Adalah penting bagi kanak-kanak untuk menerima rawatan awal serta sokongan dari kecil lagi untuk memastikan mereka mempunyai peluang yang cerah untuk mencapai potensi penuh mereka.


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply