fbpx Skip to main content

Kebas di tangan dan kaki merupakan sensasi yang biasa berlaku disebabkan oleh posisi duduk yang memberi tekanan terlalu banyak pada saraf atau mengurangkan aliran darah. Jika anda sering mengalami masalah seperti ini dan ia berpanjangan, ini merupakan tanda bahawa anda mungkin mempunyai penyakit tanpa sedar.

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang punca, simptom-simptom serta rawatan yang anda boleh lakukan bagi mengatasi kebas berpanjangan. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Punca kebas

  • Postur kedudukan

punca kebas

Postur yang tidak betul adalah punca paling biasa berlakunya kebas sementara pada kaki seperti postur yang memberi tekanan pada saraf atau mengurangkan aliran darah.

Sensasi kebas ini dikenali sebagai kaki yang “tertidur”, “semut-semut” atau istilah perubatannya adalah paresthesia sementara.

Antara postur yang biasa menyebabkan paresthesia ini adalah seperti menyilang kaki, bersila, duduk dalam posisi sama, duduk di atas kaki atau melutut untuk tempoh yang terlalu lama.

Terdapat juga beberapa tabiat selain daripada postur yang tidak betul yang boleh menyebabkan semut-semut seperti memakai seluar, stokin atau kasut yang terlalu ketat.

 

  • Kencing manis

kencing manis

Bagi mereka yang menghidap masalah penyakit kencing manis, mereka mungkin akan mengalami sensasi kebas yang disebabkan oleh sejenis kerosakan saraf.

Kerosakan saraf ini dikenali sebagai neuropati diabetik dan sering menyebabkan rasa kebas, kesemutan, dan sakit pada bahagian kaki.

 

  • Masalah tulang belakang

sakit belakang

Masalah di bahagian tulang belakang, seperti kecederaan atau herniasi cakera tulang belakang, boleh menyebabkan mampatan saraf yang menjejaskan kaki.

Ia akan menyebabkan rasa kebas atau kehilangan sensasi dan gangguan deria di kaki akibat mampatan saraf tersebut.

 

  • Sindrom Tarsal Tunnel

sindrom tarsal tunnel

Sindrom Tarsal tunnel ini berlaku apabila saraf dari bahagian belakang kaki dan sepanjang bahagian dalam buku lali hingga ke tapak kaki tercedera, dimampatkan, atau terhimpit.

Orang yang mengalami masalah ini akan terasa kebas, semut-semut, sensasi terbakar dan sakit yang teruk di bahagian pergelangan kaki, tumit dan tapak kaki mereka.

 

  • Kecederaan 

kecederaan

Kecederaan akibat bersukan atau kemalangan juga boleh menyebabkan berlakunya kebas yang berpanjangan.

Ini kerana kecederaan pada bahagian tubuh, tulang belakang, pinggul, kaki, buku lali dan kaki boleh memberi tekanan pada saraf dan menyebabkan kaki untuk menjadi kebas.

 

  • Penyakit arteri periferal

Penyakit arteri periferal (PAD) ini akan menyebabkan saluran arteri darah periferi di bahagian kaki, lengan dan perut untuk menjadi sempit.

Disebabkan arteri tersebut menjadi sempit, jumlah darah yang boleh dipam dan jumlah aliran darah di bahagian tersebut akan menjadi kurang.

Oleh itu, bahagian badan yang tidak menerima darah yang cukup akan mengalami kebas. Masalah ini juga sering berlaku pada bahagian kaki pesakit.

Kebanyakan pesakit PAD mengalami sakitan yang teruk dan kekejangan di bahagian kaki dan pinggul mereka apabila mereka sedang berjalan atau naik tangga ke tingkat atas. 

 

  • Strok

strok

Masalah strok boleh menyebabkan kerosakan otak yang menjejaskan cara minda mentafsir dan memproses isyarat saraf. 

Oleh itu, ia boleh menyebabkan kebas yang berpanjangan pada sebelah badan serta menjejaskan pergerakan dan kualiti hidup seseorang. 

 

Simptom – simptom kebas

simptom kebas

Selain daripada kebas berpanjangan, terdapat juga simptom lain  yang pesakit biasa hadapi. Antaranya ialah:

  • Sensasi terbakar
  • Rasa menjalar di bawah kulit
  • Semut-semut
  • Gatal-gatal

 

Bila perlu berjumpa doktor tentang masalah kebas ini?

  • Tidak berkaitan dengan tabiat postur atau faktor gaya hidup, seperti pakaian ketat dan kasut
  • Berpanjangan/ kebas untuk tempoh yang sangat lama
  • Disertai dengan simptom kronik yang lain
  • Disertai dengan perubahan dalam warna, bentuk, atau suhu tangan dan kaki

 

Rawatan bagi kebas berpanjangan

  • Rawatan di rumah

Terdapat beberapa rawatan yang anda boleh lakukan dengan sendiri di rumah bagi mengurangkan masalah ini.

Antaranya adalah dengan mendapatkan rehat yang cukup. Kebas yang disebabkan oleh tekanan saraf biasanya akan hilang selepas mendapatkan rehat secukupnya.

rawatan kebas

Menggunakan pek ais dan pek panas juga membantu. Ais boleh membantu mengurangkan bengkak yang boleh memberi tekanan pada saraf.

Bagi pek panas pula, haba dapat membantu meregangkan otot yang kaku, sakit atau tegang yang boleh memberi tekanan pada saraf dan menyebabkan kebas.

rawatan kebas

Selain itu, mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam tiga kali seminggu, makan makanan berkhasiat dan mendapatkan tidur yang cukup dapat mengelakkan masalah ini berlaku.

 

  •  Ubat-ubatan

Bagi masalah kebas yang kronik yang disebabkan oleh sesuatu penyakit, terdapat beberapa ubat-ubatan yang boleh diambil bagi merawat penyakit tersebut.

Ubat untuk masalah kebas kaki dan tangan bergantung sepenuhnya kepada puncanya. Jadi, anda perlu berjumpa dengan pakar dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan dahulu.

 

  • Fisioterapi

rawatan kebas

Rawatan fisioterapi merupakan rawatan yang sangat bagus bagi menyelesaikan masalah kebas kerana pergerakan yang dilakukan ketika fisioterapi bantu melancarkan pengaliran darah.

Bukan sahaja masalah ini sahaja, fisioterapi juga dapat menguatkan otot, mengembalikan daya pergerakan anggota badan yang lumpuh atau kejang dan memperbaiki postur badan.

 

Kesimpulannya, anda perlu berjaga-jaga dengan sensasi kebas yang berpanjangan kerana ia mungkin menandakan bahawa anda mempunyai penyakit.

Oleh itu, segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan rawatan dengan pakar jika anda mengalami masalah ini.

Jika anda sedang mencari rawatan bagi mengatasi masalah kebas berpanjangan, rawatan fisioterapi Flexphysiotherapy merupakan pilihan yang terbaik untuk anda!

 

Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Layari laman web Flex Physiotherapy sekarang!

Leave a Reply