fbpx Skip to main content

Medial Collateral Ligament (MCL) terletak pada bahagian tepi lutut sebelah dalam. Ia menyambung tulang tibia kepada femur melalui bahagian tepi lutut.

Seperti ligamen- ligamen lain, MCL memegang tulang femur dan tibia bersama-sama dan menambah kestabilan dan kekuatan kepada sendi lutut. MCL menghubungkan bahagian atas tibia, atau betis, ke bahagian bawah femur, atau tulang paha.

Kedudukan MCL pada lutut

APAKAH KECEDERAAN Medial Collateral Ligament?

MCL koyak

Kecederaan Medial Collateral Ligament ini sering dipanggil “MCL sprain”. Antara sebab kecederaan ligamen ini boleh terjadi sama ada berlaku penegangan atau kekoyakan pada ligamen tersebut.

Biasanya disebabkan oleh satu hentakan tepat dan terus ke lutut. Jenis kecederaan ini biasa berlaku ketika bersukan. Ia biasanya berlaku daripada hentakan atau tekanan kuat kepada aspek luar lutut, yang membuatkan MCL (iaitu pemegang lutut bahagian dalam) menjadi regang atau koyak.

FAKTOR

PERMAINAN Bola Sepak Antara Puncanya

  • Penyertaan dalam mana-mana sukan yang menyebabkan lutut untuk terputar (contoh: bola sepak, hoki, seni mempertahankan diri)
  • Mencangkung atau mengangkat objek berat
  • Perubahan arah larian/berjalan secara tiba-tiba menyebabkan tekanan yang tidak normal pada lutut

TEKANAN Pada Luar Lutut

  • Tekanan terus ke bahagian luar lutut
  • Cara pendaratan yang salah

TANDA-TANDA

  • Bunyi ‘pop’ ketika tercedera lutut
  • Kesakitan dan ketegangan di sepanjang bahagian dalam lutut
  • Sendi lutut menjadi bengkak
  • Perasaan seperti lutut anda seakan longgar apabila anda meletakkan berat di atasnya
  • Lutut terasa seperti terkunci atau menangkap

APA YANG PAKAR FISIOTERAPI BOLEH BANTU?

Bagi kecederaan MCL gred I yang tidak memerlukan pembedahan, terapi ais dan latihan kekuatan (strengthening exercises) adalah rawatan yang akan dilakukan bagi memastikan pemain dapat cepat sembuh dan kembali bermain di padang.

Untuk pemain yang memerlukan pembedahan, proses pemulihan selepas pembedahan memerlukan masa antara 6-8 bulan.

Selepas pembedahan, pemain wajib melakukan latihan mengikut program yang ditetapkan ahli fisioterapi.

Terapi ais, elektroterapi, hydroterapi dan latihan kekuatan (strengthening exercises) adalah antara terapi yang perlu dilakukan pemain untuk mempercepatkan proses pemulihan.

Doktor pula akan menasihati pemain yang mengalami kecederaan MCL untuk memakai knee braces dalam masa yang ditetapkan (bergantung pada tahap kecederaan) supaya mengekalkan kestabilan lutut dan mengelakkan kecederaan yang berulang.

KNEE Braces


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply