fbpx Skip to main content

Kecederaan otak traumatik biasanya disebabkan oleh pukulan yang ganas/menjejaskan kepala atau badan. Objek seperti peluru yang menembusi tisu otak atau lapisan tengkorak juga boleh menyebabkan kecederaan ini.

Kecederaan di tahap ringan mungkin hanya menjejaskan sel otak anda untuk sementara waktu.

Namun, kecederaan di tahap yang lebih serius akan mengakibatkan lebam, tisu koyak, pendarahan dan kerosakan fizikal yang lain pada otak. Komplikasi atau kematian boleh terjadi.

Di Malaysia pada 2010, kes kecederaan otak traumatik daripada golongan kanak-kanak & remaja paling tinggi dalam lingkungan umur 15-19 tahun (72%).

Peratusan pesakit lelaki lebih tinggi iaitu 80%. Manakala, punca utama kecederaan ini ialah akibat kemalangan jalan raya (95.4%)

Image result for traumatic brain injury

Gejala boleh dilihat selepas

Tanda tanda dan simptom boleh muncul sejurus selepas kecederaan atau mengambil beberapa hari atau minggu.

Mild TBI

  1. Sakit kepala
  2. Kecelaruan
  3. Rasa pening
  4. Penglihatan menjadi kabur
  5. Rasa bingit di telinga
  6. Letih atau mengantuk yang keterlaluan
  7. Perubahan tabiat tidur/perilaku/moodMasalah dengan ingatan,tumpuan,fokus,dan pemikiran
  8. Tidak sedar (beberapa saat hingga beberapa minit
  9. Kepekaan kepada cahaya/bunyi
  10. Mual/muntah

Moderate / Severe TBI

  1. Sakit kepala yang makin teruk atau berterusan
  2. Muntah dan mual berterusan
  3. Percakapan yang tidak jelas
  4. Kekejangan
  5. Pembesaran pupil mata
  6. Rasa kebas/kesemutan pada tangan atau kaki
  7. Hilang keupayaan penyelarasan
  8. Kekeliruan yang bertambah, sering gelisah
  9. Tidak sedarkan diri selama beberapa minit atau jam

Kanak-kanak yang mengalami kecederaan ini mungkin tidak dapat menyampaikan simptom yang dialami. Jadi, pemerhatian boleh dilakukan.

  • Perubahan tabiat makan, tidur atau penjagaan
  • Perilaku/bad mood yang luar biasa
  • Perubahan dalam keupayaan untuk fokus
  • kerap menangis
  • Kekejangan
  • Depresi
  • Sering mengantuk
  • Hilang minat dalam mainan/aktiviti kegemaran

Faktor Berlakunya TBI

Related image

Jatuh- dari tempat tinggi spt tangga, di bilik air.

Perlanggaran melibatkan kenderaan dengan pejalan kaki.

Keganasan-kecederaan tembakan peluru, keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak.

Kecederaan sukan spt – bola sepak/tinju/besbol/hoki/lain-lain sukan ekstrem dan berimpak tinggi

Peranan Fisioterapi

Meminimumkan/mengatasi kesan lumpuh yang disebabkan oleh kecederaan otak.

Fisioterapi adalah pakar dalam pemeriksaan dan rawatan masalah muskuloskeletal & neuromuskular yang mempengaruhi kebolehan bergerak dan berfungsi dalam kehidupan seharian.

Melatih pesakit untuk mula bergerak & berjalan dengan lebih optimum.

Membantu dari segi keseimbangan, postur, kekuatan, kualiti & penyelarasan pergerakan & peningkatan sensasi deria.


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply