fbpx

Definisi

Apakah kecederaan rotator cuff?

 

 

Rotator cuff adalah sekumpulan otot dan tendon-tendon rotator cuff memegang sendi bahu dengan menyambungkan bilah bahu (shoulder blade) ke tulang lengan atas (humerus) dan melitupi humerus. Rotator cuff membantu untuk menggerakkan bahu anda dan memastikan ia stabil. 4 otot dan tendon yang membentu rotator cuff adalah:

  • Otot Supraspinatus. Berfungsi memegang tulang lengan pada tempatnya dan memastikan ia stabil. Membantu mengangkat lengan anda.
  • Otot Infraspinatus. Ia adalah otot  utama yang membenarkan anda memusingkan bahu dan meluruskan lengan ke belakang
  • Otot Teres Minor. Ia adalah otot yang paling kecil dalam kumpulan otot rotator cuff. Tugas utamanya ialah untuk membantu memusing lengan ke luar (external rotation).
  • Otot Subscapularis. Ia membantu memegang tulang lengan (humerus) dan tulang kipas (scapula).

Setiap otot melekat pada humerus melalui tendon.

Sesetengah tindakan rotator cuff adalah untuk pusingkan lengan ke dalam (internal rotation) dan ke luar (external rotation), dan untuk membantu mendepakan lengan ke sisi (abduction).

Kecederaan ke kawasan ini adalah perkara biasa apabila tindakan yang sama diulangi banyak kali, seperti berenang, bermain tenis, atau besbol. Gejala termasuk bengkak di bahu anda, kesakitan apabila anda mengangkat lengan, dan sakit apabila anda cuba untuk mencapai belakang anda. Kecederaan ini boleh menjadi kronik jika tidak melakukan rawatan pada awalnya.

Ingin lihat testimoni- testimoni kejayaan kami merawat pesakit? Klik di sini

Tanda & gejala

Apakah tanda & gejala kecederaan rotator cuff?

Sekiranya anda mengalami kecederaan rotator cuff, gejala yang timbul terutamanya adalah kesakitan pada bahu. Ia akan terjadi apabila tangan berada dalam kedudukan yang lebih tinggi daripada kepala anda. Lengan dan bahu juga boleh menjadi lemah daripada kebiasaan. Gejala lain termasuklah kesakitan apabila menyikat rambut dan mengganggu tidur (ketika baring mengiring di sebelah bahu yang terjejas).

Mungkin terdapat tanda-tanda dan gejala yang tidak disebutkan di atas. Jika anda ingin mengethahui tahap keterukan kecederaan rotator cuff anda, bolehlah merujuk doktor.

 

Punca

Apakah yang menyebabkan kecederaan rotator cuff?

 

Punca kecederaan rotator cuff mungkin disebabkan oleh satu kejadian, contohnya jatuh tertindih tangan, tangan terlebih stretch, atau mengangkat sesuatu yang terlalu berat. Walau bagaimanapun, kebanyakan kecederaan adalah jenis degeneratif ataupun wear dan tear tisu tendon. Beberapa faktor memainkan peranan dalam kecederaan degeneratif, termasuk pergerakan berulang dalam sukan atau kehidupan seharian. Contohnya ialah berenang, bermain besbol, meletakkan barang di rak yang tinggi, melukis dan mengangkat barang dalam tempoh masa yang lama boleh merosakkan tendon. Postur yang salah juga boleh menjadi faktor.

 

Faktor risiko

Apa yang meningkatkan risiko kecederaan rotator cuff?

Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko anda mengalami kecederaan rotator cuff:

Umur: Apabila anda semakin berumur, semakin tinggi risiko yang anda miliki, terutamanya bagi mereka yang berumur lebih dari 40 tahun.

Sukan tertentu: Biasanya berlaku pada atlet yang kerap menggunakan gerakan tangan atau lengan mereka secara berulang untuk bermain, seperti besbol, memanah dan tenis.

Kerja pembinaan: Pekerjaan seperti tukang kayu atau tukang paip, pelukis rumah, yang kerjanya memerlukan gerakan lengan beberapa kali, terutama kedudukan lengan di atas kepala, yang dilakukan untuk waktu yang lama akan menyebabkan kecederaan rotator cuff.

Sejarah keluarga: Mungkin ada komponen genetik yang terlibat dengan kecederaan rotator cuff kerana ia kelihatan lebih kerap terjadi pada keluarga tertentu.

 

Komplikasi

 

 

Tanpa rawatan, masalah rotator cuff boleh menyebabkan hilangnya pergerakan baghu atau kelemahan kekal, dan boleh mengakibatkan kemerosotan pada sendi bahu. Tetapi apabila bahu anda tidak bergerak untuk masa yang lama, tisu di kawasan sekitar akan menyebabkan melekat pada sendi menjadi tebal dan ketat (bahu beku).

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? Klik di sini