fbpx

Kecederaan Saraf C5-C6 Boleh Menyebabkan Lumpuh Tangan

PENGENALAN

Erb’s palsy atau Erb-Duchenne palsy merupakan kelumpuhan pada tangan akibat kecederaan pada bahagian saraf C5-C6. Kecederaan semasa proses kelahiran merupakan punca utama traumatic peripheral neuropraxias / nerve palsiesKeberangkalian kejadian Erb’s palsy adalah lebih kurang 0.35 ke 5 kes dalam 1000 kelahiran bayi.

FAKTOR RISIKO

Faktor risiko Erb’s palsy termasuk:

1) Bayi bersaiz besar

2) shoulder dystocia

3) Berlaku masalah semasa proses kelahiran atau proses kelahiran yang berpanjangan

4) Instrumental vaginal delivery

5) Cephalic presentation

6) Trauma pada bahagian leher dan bahu menyebabkan saraf teregang

7) Kecederaan seperti akibat tarikan kuat pada tangan atau semasa proses percubaan untuk membetulkan bahu yang terkehel. Kepatahan pada tulang selangka juga boleh menyebabkan Erb’s palsy. Kelumpuhan pada tangan bergantung kepada tahap kecederaan pada saraf  yang terlibat.

 

TANDA-TANDA KLINIKAL

                                         

 

Erb’s plasy akan menyebabkan:

  1. Tangan bayi tergantung longlai dengan bahu dan lengan tangan berpusing ke arah dalam, tapak tangan menghala ke belakang serta jari-jari dan pergelangan tangan dalam keadaan bengkok.
  2. Kemerosotan fungsi otot hingga menyebabkan lumpuh.
  3. Kanak-kanak tidak berupaya untuk mengangkat tangan melepasi paras bahu.
  4. Hilang deria rasa terutamanya di bahagian luar lengan atas.

 

 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia