Kecederaan Sukan Dalam Kalangan Atlet
Pengenalan
Pada amnya, kecederaan sukan terbahagi kepada 2 iaitu traumatic injuries dan overuse injuries.
Traumatic injuries
Kecederaan yang disebabkan faktor luaran seperti pergerakan yang lasak dan trauma yang sengaja atau tidak disengajakan.
Overuse injuries
Kecederaan dalaman disebabkan perbuataan yang dilakukan berulang-ulang dalam jangka masa yang lama.
Kecederaan Sukan Yang Biasa Terjadi
Ankle Sprain (Terseliuh Sendi Kaki)
-Paling kerap berlaku dalam kalangan atlet
-Ia berlaku disebabkan lebihan regangan pada sendi kaki mengakibatkan ligamen di bahagian sendi koyak
Achilles Tendinitis
-Bengkak pada tendon achilles disebabkan perlakuan yang berulang
-Rasa sakit di bahagian belakang tumit
Groin Pull/Strain
-Otot di bahagian pangkal peha tertarik melebihi hadnya (overstretch)
Hamstring Strain/Tear
-Rasa sakit di bahagian belakang peha
-Kebiasaannya terjadi kepada sprinter/atlet yang banyak melakukan aktiviti larian
Muscle Cramp
-Otot tertarik dan keras secara tiba-tiba
-Biasanya terjadi kepada atletyang melakukan aktiviti sukan di bawah panas matahari dalam jangka masa yang lama
-Boleh juga terjadi akibat tidak cukup senaman regangan sebelum bersukan
Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? Klik di sini